Harian Metro

Usah buat kacau Marcote sah pengendali Kedah

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

 Azraai harap tiada ‘tangan ghaib’ ganggu tugas Cheng Hoe selaku jurulatih baru Harimau Malaya

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berharap tidak ada ‘tangan ghaib’ mengganggu tugas Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya demi mengembali­kan martabat bola sepak negara.

Sambil menyambut baik kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberi jaminan akan memberi kebebasan penuh kepada Cheng Hoe, Azraai berkata, ia memang sesuatu yang wajar.

“Ia kenyataan positif daripada Tunku Presiden serta sebaik-baik jaminan kerana memang sewajarnya Cheng Hoe diberi kebebasan membentuk pasukan mengikut acuannya.

“Malah, inilah (kebebasan) yang amat diperlukan oleh setiap jurulatih apabila dilantik ke jawatan berkenaan. Keyakinan serta kepercayaa­n

(gambar)

Kuala Lumpur: Jurulatih berasal dari Sepanyol, Ramon Marcote sah akan mengikat kontrak satu atau dua tahun sebagai pengendali baru skuad Kedah.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengesahka­n jurulatih baru Skuad Helang Merah itu kini sudah tiba di Alor Setar, sejak beberapa hari lalu.

Justeru, Ahmad Bashah berkata, pengurusan KFA akan mengadakan perbincang­an dengan Marcote dalam masa terdekat bagi

(gambar)

penuh perlu diletak di bahunya.

“Ini kerana, pada akhirnya, apa pun hasil yang dicapai kelak, sama ada berjaya atau gagal, orang yang bertanggun­gjawab adalah jurulatih.

“Adalah tidak adil seseorang jurulatih yang menerima hukuman bila pasukan gagal sedangkan beliau tidak diberi kebebasan mencorakka­n pasukan seperti diinginkan.

“Saya berharap, dengan kenyataan Tunku Presiden itu, tidak akan ada ‘tangan ghaib’ yang mengganggu kerja Cheng Hoe. Kalau tidak, lantik sesiapapun, nasib bola sepak kita tidak akan berubah,” kata Azraai.

Mengenai pemilihan pemain yang bakal membarisi skuad kebangsaan kelak, Azraai menganggap Cheng Hoe sudah cukup matang untuk membuat penilaian.

“Beliau sudah lama terbabit dengan bola sepak Malaysia, pernah menjadi penolong kepada (Datuk) K Rajagobal dan (Nelo) Vingada untuk skuad kebangsaan, juga sebagai jurulatih Kedah, beliau kenal sangat dengan pemain kita.

“Saya yakin, beliau tahu untuk menilai antara kaca dengan permata. Jadi, tidak wajar untuk saya memberitah­u beliau siapa yang perlu diambil dan siapa pula perlu dibuang.” membincang­kan kontraknya.

“Kami sudah buat keputusan untuk melantik jurulatih baru dan beliau sudah berada di Alor Setar walaupun saya belum berkesempa­tan bertemu dengannya.

“Saya akan berjumpa dengannya sebelum KFA menandatan­gani perjanjian dan kontrak dengan jurulatih itu dalam masa terdekat.

“Bagaimanap­un, terpulang kepada pengurusan KFA untuk mengikat kontrak sama ada satu atau dua tahun dengan Marcote,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai pertanding­an golf Piala Ahmad

terma Zahid Hamidi di sini, semalam.

Sebelum ini media melaporkan Marcote kini menjadi calon pilihan untuk membimbing skuad Helang Merah selepas KFA memutuskan untuk tidak meneruskan hasrat membawa masuk bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez.

Terdahulu, KFA ada mengadakan perbincang­an berhubung tawaran kontrak yang sudah dipersetuj­ui oleh Gomez, namun pengurusan skuad juara Piala FA itu akhirnya mengubah keputusan.

 ?? Azraai Khor Abdullah ?? Saya berharap, dengan kenyataan Tunku Presiden itu, tidak akan ada ‘tangan ghaib’ yang mengganggu kerja Cheng Hoe”
Azraai Khor Abdullah Saya berharap, dengan kenyataan Tunku Presiden itu, tidak akan ada ‘tangan ghaib’ yang mengganggu kerja Cheng Hoe”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia