Harian Metro

Terkedu tentera pula di ladang sawit

-

terbakar dan menyambar badan mangsa.

“Mangsa bagaimanap­un sempat memadamkan api berkenaan dengan dibantu rakannya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubung­i talian APMM untuk meminta bantuan kecemasan bagi membawa mangsa ke hospital.

“Bot peronda APMM kemudian memindahka­n mangsa ke atas bot sebelum membawanya ke jeti APMM Labuan kira-kira jam 8.55 pagi seterusnya ke Hospital Nukleus Labuan bagi tindakan lanjut.

“Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan,” katanya. Lubok Antu: Seorang penyeludup terkedu selepas perjalanan­nya untuk menyeludup keluar enjin bot, diesel dan pemotong kayu gagal selepas ditahan sepasukan tentera di Ladang Kelapa Sawit Ensawang, di sini, kelmarin.

Lelaki warga Indonesia berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Rejimen Keempat Kor Armor Diraja yang menjalanka­n Op Serbu dan Tangkap di ladang berkenaan selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

Suspek yang memandu Perodua Kancil menggunaka­n laluan tikus di ladang berkenaan ketika ditahan dalam jarak hanya 300 meter dari sempadan negara dan Indonesia.

Difahamkan, penyeludup gemar menggunaka­n laluan ladang sawit yang bersempada­n dengan Kalimantan Barat kerana faktor muka bumi yang lebih landai selain mempunyai jalan yang digunakan pekerja ladang.

Pegawai Pemerintah­nya Leftenan Kolonel Mohd Nizam Masri berkata, hasil pemeriksaa­n menemui tiga enjin bot, diesel dan pemotong kayu yang dianggarka­n bernilai RM25,000.

Menurutnya, suspek terkejut selepas menyedari kehadiran anggota tentera di ladang berkenaan sebelum diminta untuk menghentik­an kenderaan bagi pemeriksaa­n.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut menemui tiga enjin bot, diesel dan pemotong kayu di dalam kereta berkenaan yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Lelaki terbabit memiliki pasport yang sah namun tindakanny­a menggunaka­n laluan tikus selain membawa barang bersubsidi adalah kesalahan selain dia mengakui membeli semua barangan di Sarikei sebelum diseludup keluar,” katanya.

Mohd Nizam berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Lubuk Antu manakala barang yang dirampas diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? MANGSA yang melecur dibawa pasukan APMM Daerah Maritim Labuan di jeti APMM Labuan.
MANGSA yang melecur dibawa pasukan APMM Daerah Maritim Labuan di jeti APMM Labuan.
 ??  ?? SUSPEK ditahan manakala barang yang diseludup dirampas untuk siasatan lanjut.
SUSPEK ditahan manakala barang yang diseludup dirampas untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia