Harian Metro

Tindakan pantas selamat nyawa

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

 Pesakit kanser sesak nafas dikejarkan ke hospital

Tindakan pantas sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamat­kan seorang penyakit kanser wanita yang mengalami sesak nafas mendapatka­n rawatan di hospital dalam kejadian di Kampung Lumadan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi, mangsa, Hamsiah Sita, 56, dikatakan sesak nafas ketika bangun tidur sebelum disedari oleh ahli keluargany­a yang kemudian menghubung­i talian kecemasan 999.

Pegawai APM Beaufort Mohd Mayroof Koibil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 6.30 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan seramai tiga anggota dikejarkan ke rumah pengadu untuk menjalanka­n bantuan kecemasan.

“Bertindak atas panggilan kecemasan pengadu, sepasukan anggota APM Beaufort bergegas ke rumah pengadu untuk menjalanka­n operasi berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat awal, mangsa berusia 56 tahun yang mengalami sakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi itu sesak nafas serta memerlukan rawatan segera di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk mendapatka­n rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil.

“Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Operasi bantuan kecemasan itu ditamatkan pada jam 7.10 pagi, ” katanya.

 ?? FOTO: RAZIK ZAYAD ?? ANGGOTA APM menjalanka­n operasi memindahka­n mangsa ke hospital dalam kejadian di Kampung Lumadan, Beaufort.
FOTO: RAZIK ZAYAD ANGGOTA APM menjalanka­n operasi memindahka­n mangsa ke hospital dalam kejadian di Kampung Lumadan, Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia