Harian Metro

Tak sempat

- Francis Andin hmkk@hmetro.com.my

Empat lelaki termasuk seorang remaja tidak sempat berjoli apabila mereka ditahan selepas didapati mencuri dua mesin pemotong kayu di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superinten­dan Mohamad Firdaus Francis berkata, pihaknya menerima laporan mengenai dua mesin pemotong kayu di kampung berkenaan hilang dipercayai dicuri pada 6 November lalu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, polis menahan empat lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun di sekitar kampung berkenaan pada jam 6.30 petang, 7 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaa­n, polis turut menemui dua mesin pemotong kayu yang dipercayai dicuri oleh suspek terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, kelmarin.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 14 dan 31 tahun ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

Dalam kes berasingan, Mohamad Firdaus berkata, polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 2.5 gram di Kampung Lagud, di sini, pada 6 November lalu.

“Suspek ditangkap jam 1 tengah hari dan siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah pada Mac lalu.

“Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM400, dua telefon bimbit, sebuah beg sandang dan beg kecil yang dipercayai tempat menyembuny­ikan dadah berkenaan.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Mohamad Firdaus berkata, 79 orang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dadah di daerah itu bagi tempoh Januari sehingga 30 November lalu.

 Empat dicekup curi mesin potong kayu

 ?? Mohamad Firdaus Francis ?? MOHAMAD Firdaus (tengah) menunjukka­n barang kes yang dirampas daripada suspek pada sidang media di IPD, Tenom. Hasil pemeriksaa­n, polis turut menemui dua mesin pemotong kayu yang dipercayai dicuri oleh suspek terbabit dan semua suspek berusia antara 14 dan 31 tahun ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri”
Mohamad Firdaus Francis MOHAMAD Firdaus (tengah) menunjukka­n barang kes yang dirampas daripada suspek pada sidang media di IPD, Tenom. Hasil pemeriksaa­n, polis turut menemui dua mesin pemotong kayu yang dipercayai dicuri oleh suspek terbabit dan semua suspek berusia antara 14 dan 31 tahun ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia