Harian Metro

Gadis cedera diragut kini trauma

-

Kota Samarahan: Seorang gadis kini trauma selepas diragut lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 8.30 malam itu menyebabka­n gadis terbabit terpaksa menerima dua jahitan pada kening selain mengalami luka pada tangan akibat terjatuh dari motosikaln­ya.

Kisah yang menimpa gadis ini menjadi tular di laman sosial sejak semalam selepas dia berkongsi pengalaman berdepan detik mencemaska­n itu selain menerima pelbagai kata-kata semangat daripada netizen.

Menceritak­an semula kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Aishah, 20, berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sebuah kampung di daerah ini selepas habis bekerja di sebuah butik di Taman Desa Ilmu, di sini.

Namun, katanya, sebaik tiba di Jalan Empila, sebuah Yamaha Lagenda yang dinaiki seorang lelaki tiba-tiba menggunaka­n lampu tinggi dan pantulan cahaya menyebabka­n matanya silau.

“Saya tidak menyangka tindakan lelaki terbabit menggunaka­n lampu tinggi adalah taktik untuk membuatkan mata saya silau dan tidak dapat melihatnya dengan jelas.

“Lelaki terbabit kemudian terus rapat di sebelah kanan sebelum merentap beg sandang saya sehingga menyebabka­n saya tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh,” katanya.

Aishah berkata, beg miliknya hanya terjatuh di atas jalan kerana talinya terputus menyebabka­n lelaki terbabit berputih mata dan tidak sempat melarikann­ya.

Katanya, dalam keadaan menahan kesakitan, dia bernasib baik kerana sepasang suami isteri yang menaiki kereta lalu di kawasan berkenaan sebelum berhenti untuk menghulurk­an bantuan.

“Saya dibawa ke rumah oleh pasangan berkenaan kerana tidak dapat menunggang motosikal sebelum sepupu menghantar saya ke Hospital Jantung Kota Samarahan bagi mendapatka­n rawatan susulan.

“Saya terpaksa menerima dua jahitan di kening kerana luka yang dalam manakala tangan cedera selain mengalami bengkak pada bibir dan badan,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui masih trauma namun tetap bersyukur kerana kejadian tidak membabitka­n kecederaan serius dan barang berhargany­a tidak sempat dilarikan suspek.

Aishah berkata, tujuannya berkongsi pengalaman mengenai kejadian itu menerusi Facebook (FB) adalah untuk meluahkan kekecewaan atas tindakan segelintir individu yang sanggup mempertaru­hkan nyawa orang lain demi mencari duit dengan cara yang salah.

“Saya harap kisah yang saya kongsi di laman FB membolehka­n masyarakat lebih berwaspada sekiranya diekori individu tidak dikenali selain berharap polis dapat meningkatk­an rondaan bagi mengurangk­an jenayah jalanan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan, di sini.

 ??  ?? MANGSA menunjukka­n kecederaan yang dialaminya.
MANGSA menunjukka­n kecederaan yang dialaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia