Harian Metro

Mudahnya kau nak hidup!

- Harun Yahya

Polis menahan seorang lelaki dan wanita di Jalan Ramin, di sini, Jumaat lalu selepas terbabit dengan kegiatan samun di daerah ini pada 7 Disember lalu.

Lelaki dan wanita masing-masing berusia 32 dan 26 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kira-kira jam 12.30 tengah malam hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, suspek dikesan menyamun individu di Jalan Pahlawan, 7 Disember lalu sebelum kegiatan mereka dilaporkan kepada polis.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas wanita berkenaan, suspek mendedahka­n dia melakukan jenayah itu bersama dua lelaki.

“Maklumat daripada wanita berkenaan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek dekat hotel di Jalan Mission.

“Suspek difahamkan berasal dari Kanowit juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan dipercayai menjadikan jenayah samun sebagai punca pendapatan mudah,” katanya.

Zailani berkata, seorang lagi lelaki yang juga rakan sejenayah suspek kini giat dikesan berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada dua rakannya itu.

“Polis juga merampas beberapa barangan kes termasuk beg hitam kecil mengandung­i telefon jenama Xiaomi Red4X dan Perodua Myvi.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya, semalam.

 Wanita, dua lelaki jadikan jenayah samun sebagai punca pendapatan

 ??  ?? SUSPEK (kiri) ditahan untuk siasatan lanjut.
SUSPEK (kiri) ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia