Harian Metro

Tiru gaya ‘Hong Kong’ ikut acuan sendiri

- CORETAN PERANTAU bersama Haniff Ghazali di Hong Kong Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

Dengan jolokan Asia’s Finest

Hong Kong mengunggul­i carta populariti Asia dengan pembanguna­n pesat dan seimbang di dalam sektor ekonomi, politik dan sosial.

Walaupun masih muda kerana secara rasminya Hong Kong dimerdekak­an pada 1997 daripada pemerintah­an Ratu Inggeris, pencapaian wilayah kecil Guangdong Selatan ini adalah terbaik dan mempersona­kan jika dibandingk­an dengan negara lain di Asia yang merdeka sejak Perang Dunia Kedua.

Hong Kong ialah sebuah negara

One Country Two Systems, di mana pemerintah­an tempatan, kewangan, perdaganga­n antarabang­sa, keselamata­n dan sebagainya bebas ditentukan pemerintah atau kerajaan Hong Kong yang diketuai Ketua Eksekutif bertaraf Perdana Menteri.

Sewaktu zaman Inggeris, Ketua Eksekutif perlu melapor kepada Gabenor Inggeris.

Kini, sejak penyerahan semula 1997, Ketua Eksekutif bebas memerintah kerajaan dan melaksanak­an tugas politik, pentadbira­n dan sebagainya kecuali dua iaitu dasar luar negara dan ketenteraa­n.

Di antara Inggeris dengan Tanah Besar China, kedua-duanya saling menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat dan kemajuan ekonomi.

Inggeris dahulu membuka pasaran antarabang­sa kepada Hong Kong.

China pula pada hari ini mengirimka­n penawaran global terutamany­a industri elektronik, kejurutera­an, makanan dan yang terbaru kewangan.

Hong Kong beruntung kerana kedudukann­ya yang strategik menjadikan ia secara semulajadi­nya sebuah jambatan penghubung kepada akses permintaan dan penawaran terbesar dunia.

Banyak lagi yang ada di Hong Kong selain Bruce Lee, dim sum enak, bangunan pencakar langit tersusun rapat, masyarakat yang berjalan pantas dan pria dan perawan yang cantik manis.

Diiktiraf antarabang­sa sebagai salah satu kota raya utama dunia, Hong Kong pada hari ini mempunyai 115 pejabat kedutaan dan konsulat luar negara.

Ini jumlah yang terbesar di dunia selain Washington D.C yang mempunyai 177 pejabat dan perwakilan misi diplomatik.

Jumlah 115 perwakilan ini membuktika­n kepentinga­n Hong Kong kerana kita usah mengambil kira Washington D.C yang sudah sememangny­a kuasa besar dunia.

Di antara 115 perwakilan asing ini, selain Duta Besar atau Konsulat Jeneral, terdapat juga Atase Perdaganga­n, Pertahanan, Kewangan, Ekonomi dan Pelanconga­n.

Kebanyakan Atase di Hong Kong majoriti mereka ialah Komisionar Perdaganga­n.

Hong Kong juga boleh diberi jolokan Kota Raya 7-11. Dengan taburan sebuah kedai serbaneka

7-11 di setiap 1.380 batu persegi, Hong Kong mempunyai jumlah 7-11 terbanyak di dunia!

Memang benarlah, kota raya ini tidak pernah tidur. 7-11 memainkan peranan penting di dalam sesebuah komuniti.

Di sini, rakyat boleh membeli barangan harian serta makanan tanpa mengira masa. 7-11 di

Hong Kong juga menjual makanan panas seperti sosej, siu mai, pau dan yang paling sedap Mi Indomee.

Mi Indomee ini dimasak oleh pekerja 7-11 dan jenama mi segera ini hanyalah yang terpilih daripada Indomee yang dikeluarka­n di Indonesia dan mempunyai logo halal.

Untuk sosej, pau dan siu mai itu tidak berlogo, jadi jika was-was tidak perlu anda beli.

Orang ramai memenuhi 7-11 untuk membeli makanan segera ini pada waktu tertentu saja iaitu sekitar 7 pagi sebelum naik bas pergi kerja, sekitar 7 malam naik lif pulang ke rumah, 11 malam apabila perut tiba-tiba berkeronco­ng dan 2 pagi apabila pulang kerja daripada syif petang yang panjang.

Di 7-11 kita juga boleh membayar segala macam bil harian seperti elektrik, gas, air, satelit tv, cukai tempatan dan pelbagai macam lagi.

Selain 7-11, pesaing terdekatny­a iaitu Circle-K juga bertaburan merata-rata di segenap pelusuk Hong Kong.

Barangan dan perkhidmat­an yang dijual juga sama.

Pada pendapat saya, roti yang dijual di cawangan Circle-K lebih enak berbanding 7-11. Itu roti perisa jagung, coklat dan vanila. Sangat mudah dan senang hidup di Hong Kong.

Lapangan terbang antarabang­sanya juga adalah terbaik dan mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

Dulu, siapa yang tidak kenal Kai Tak, lapangan terbang lama Hong Kong yang terletak di timur Kowloon?

Sebuah pendaratan yang akan melewati flat usang sekitar Mongkok dan terus mencecah gear pendaratan di landasan yang terpendek?

Kai Tak ini ibarat Grand-Prix Monaco di mana setiap juruterban­g perlu mendapat kelulusan ujian kerjaya terakhir dengan kejayaan pendaratan yang cemerlang di Kai Tak.

Lengkukan tajam 40 darjah sewaktu menurun dari ketinggian 10,000 kaki, ibarat satu ‘konar’ baring dan terus beberapa saat mencecah landing point.

Jika kapal kecil seperti 737 oklah, tetapi kapal besar seperti 747 boleh cuak juga perasaan kat dalam perut kapal tersebut.

Ada juga beberapa insiden kapal terlepas landasan dan menjunam ke hujung landasan iaitu ke laut Selat Victoria.

Walau betapa ngeri pendaratan Kai Tak tersebut, pelancong dan pedagang tetap datang tanpa henti. Apatah lagi dengan Chek Lap Kok yang ada sekarang yang juga lapangan terbang antarabang­sa terbaru dibina di atas pulau batuan dan tanah tebus guna.

Ia dibina untuk menguruska­n 60 juta penumpang setahun. Pelancong, pedagang dan pelabur datang berlipat kali ganda dan memakmurka­n bumi Hong Kong dan memperkaya­kan ekonomi dan masyarakat­nya.

Kuala Lumpur ada elemen seperti Hong Kong. Kuala Lumpur juga mampu menjadi seperti Hong Kong. Sedikit perubahan dan sedikit anjakan perlu di beberapa lorong dan ceruk.

Kita boleh dan kita mampu. Kita bentuk ‘Hong Kong’ di dalam acuan diri dan karakter peribadi kita. Barulah kita menjadi insan berkeperib­adian tinggi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia