Harian Metro

‘TIBA-TIBA 2 LAGI DIPINANG ORANG’

2 anak perempuan pula dipinang orang

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kemeriahan berganda bagi lima beradik apabila disandingk­an serentak dengan pasangan masing-masing di rumah ibu bapa mereka di Kampung Behor Mentaloon, Arau, semalam.

Bapa pengantin, Tayib Zakaria, 55, dan isteri, Siti Aishah Shafie, 48, berkata, majlis persanding­an serentak kelima-lima anak mereka itu atas ketentuan takdir meskipun tidak dirancang pada awalnya.

“Pada awalnya, rancangan kenduri kahwin ini khusus untuk tiga anak lelaki dan kami memang sudah merancangn­ya sejak pertengaha­n tahun lalu.

“Namun, takdir Allah melebihi segala-galanya apabila dua anak perempuan saya dipinang oleh keluarga pasangan masing-masing dalam tempoh kami membuat persediaan.

“Selepas berbincang antara keluarga, kami sepakat untuk menyatukan mereka pada tarikh sama dan lebih mudah meskipun terpaksa berbelanja lebih,” kata bapa kepada tujuh anak itu ketika ditemui.

Anak mereka, Mohd Izwan Haris, 28, mengahwini Farah Adiba Pisol, 25; Mohd Najhan Hafiq, 26, dengan pasanganny­a Huziana Yap Nget Toh, 22; dan Mohd Fakhrul Iqram, 23, dengan Siti Nurasmiza Sabri, 21.

Sementara itu, dua anak perempuan Tayib, Nur Aqila, 21, mengahwini Mohd Rais Romli, 22, dan Nur Anita Dalilah, 19, diijabkabu­lkan dengan Mohd Firdaus Harta, 23.

Menurut Tayib, lebih 10,000 tetamu dijemput terdiri daripada sanak-saudara dan jiran tetangga serta keluarga besannya dengan tiga kerbau, dua lembu dan 200 ayam disediakan untuk lauk kenduri.

Katanya, dia bersyukur kerana segalanya berjalan lancar meskipun rumah mereka dihadiri tetamu tidak henti-henti.

“Saya bersyukur sangat menerima lima menantu serentak pada hari ini dan sebagai bapa, tiada apa yang dapat saya gambarkan selain berdoa untuk kebahagiaa­n mereka,” katanya.

Anak sulung Tayib, Mohd Izwan Haris berkata, perasaanny­a sukar digambarka­n apabila dapat bersanding serentak bersama empat adik-adiknya yang lain.

“Sejujurnya memang saya gembira, kami lima beradik dapat bersatu dengan pasangan masing-masing meskipun perancanga­n dibuat pada saat akhir.

“Kami sepakat berkongsi wang antara adik-beradik sambil dibantu ayah untuk majlis ini dan bersyukur segalanya mengikut seperti dirancang.

“Secara tidak langsung ini hadiah untuk ibu dan ayah selepas penat-lelah membesarka­n kami tujuh beradik,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: HAFIZUDIN MOHD SAFAR ?? TAYIB (enam dari kiri) dan Siti Aishah (lima dari kiri) meraikan lima pasang pengantin yang terdiri daripada tiga anak lelaki dan dua anak perempuan mereka.
FOTO: HAFIZUDIN MOHD SAFAR TAYIB (enam dari kiri) dan Siti Aishah (lima dari kiri) meraikan lima pasang pengantin yang terdiri daripada tiga anak lelaki dan dua anak perempuan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia