Harian Metro

TRELER HERET KE PARIT

3 beradik termasuk kembar maut, 5 parah lori hentam 4 kereta dari belakang

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

“Saya sedang menurunkan durian di gerai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum mendengar bunyi dentuman kuat dan sebaik berpaling mendapati sebuah treler mengheret sebuah Nissan Sentra sebelum kedua-dua kenderaan itu terhumban dalam parit di tepi jalan.

“Ada kenderaan lain terpelanti­ng dan seorang kanak-kanak lelaki tercampak keluar dari kenderaan dan tersembam atas jalan,” kata peniaga buah Khairul Azuan Mohamed Noor, 33.

Dia antara individu yang berada berhampira­n lokasi kemalangan maut membabitka­n sebuah lori dan empat kenderaan lain di Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, tiga beradik maut termasuk sepasang kembar tidak seiras manakala lima lagi mangsa cedera termasuk ibu bapa tiga beradik berkenaan yang parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan berat membawa muatan sisa ikan itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan lain iaitu Nissan Grand Livina, Honda HRV, Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang ketika kejadian berhenti di simpang empat lampu isyarat MRSM di sini.

Mangsa yang maut adalah penumpang Honda HRV iaitu pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Bapa dan ibu mereka, Ismail Yaacob, 53, dan Zarina Yong, 44, yang parah menerima rawatan di Hospital Taiping manakala seorang lagi adik-beradik mereka, Nur Ain Harizah, 13, turut cedera.

Dua mangsa yang menaiki Nissan Grand Livina turut mengalami kecederaan manakala pemandu Hilux serta pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Khairul Azwan, dia yang terkejut melihat kemalangan itu terus bergegas untuk melihat keadaan Nissan Sentra yang diseret sebelum mendapati pemandunya selamat dan berjaya keluar sendiri sebelum dia membantu menarik tangan mangsa keluar dari parit.

“Sayu hati saya melihat seorang kanak-kanak tersembam atas jalan dan sudah tidak bergerak, namun tidak berani menyentuhn­ya.

“Saya kemudian membantu mangsa lain dalam Honda HRV itu dengan pemandu dan penumpang depannya masih lagi sedar, namun mengerang kesakitan,” katanya.

Katanya, dia kemudian mendapati dua penumpang belakang Honda HRV itu dalam keadaan terlipat tidak sedarkan diri manakala seorang lagi penumpang menangis.

“Berikutan itu, saya dan penduduk kemudian segera membantu mengeluark­an mangsa yang menangis serta pemandu kerana mereka tidak tersepit.

“Anggota bomba yang tiba kemudian mengeluark­an penumpang depan serta dua lagi penumpang belakang yang tersepit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan api dalam kemalangan membabitka­n treler.
ANGGOTA bomba memadamkan api dalam kemalangan membabitka­n treler.
 ??  ?? GAMBAR keluarga Ismail dan isteri Zarina yang parah dalam kemalangan, manakala tiga anak beliau maut dan seorang cedera.
GAMBAR keluarga Ismail dan isteri Zarina yang parah dalam kemalangan, manakala tiga anak beliau maut dan seorang cedera.
 ??  ?? KEADAAN mangsa selepas terbabit dalam kemalangan.
KEADAAN mangsa selepas terbabit dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia