Harian Metro

PAKAIAN SEKOLAH RM5 SEHELAI

Peniaga buka tapak tepi jalan puas hati 8,000 pakaian terjual

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

“Saya tahu masyarakat kini terbeban dengan kos sara hidup. Biarpun keuntungan tidak banyak, apa yang penting mereka gembira,” kata peniaga, Mohd Faezli Kussin, 25, yang menjual pakaian sekolah baru dengan harga RM5 sehelai di Bahau, di sini, semalam.

Mohd Faezli berkata, dia menjual pakaian itu di tepi jalan yang menyaksika­n 8,000 helai terjual.

“Saya menjual pakaian baru untuk murid sekolah rendah dan menengah. Semua harga sama iaitu RM5 untuk setiap baju dan seluar,” katanya.

Peniaga dari Tangkak, Johor itu berkata, kehadirann­ya ke daerah ini bertujuan mengurangk­an beban ibu bapa yang memiliki anak bersekolah.

“Harga normal pakaian baru sebenarnya antara RM15 hingga RM30. Walaupun menjualnya pada harga RM5 sehelai, saya tidak kisah asalkan matlamat membantu masyarakat tercapai,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka aktiviti jualan itu menerima sambutan menggalakk­an apabila gerainya dikerumuni ramai penduduk.

“Semua pakaian diperoleh daripada pembekal di Johor dan Kuala Lumpur. Saya memiliki kedai di Tangkak, tetapi lebih gemar menjualnya dari daerah ke daerah yang lain,” katanya.

Menurut Mohd Faezli, dia membuka gerai itu sejak kelmarin dan ditemani isteri, Syarifah Syafizah Syed A Bakar, 26.

“Alhamdulil­ah, saya puas melihat pelanggan ceria. Bagi tujuan sama, saya akan menjualnya di Seremban pada Rabu ini,” katanya yang memandu lori untuk membawa semua pakaian.

Pelanggan, Siti Norasiah Bidin, 40, berkata, semua peniaga wajar mengikut contoh Mohd Faezli dan tidak mementingk­an keuntungan semata-mata.

“Saya tahu mengenai jualan ini menerusi Facebook minggu lalu. Saya tidak mahu melepaskan peluang mendapatka­n pakaian sekolah baru pada harga yang rendah,” katanya.

Justeru, dia membeli empat baju dan empat seluar untuk dua anak lelakinya.

“Jualan murah ini ternyata membantu dalam menghadapi sesi persekolah­an baru,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ABNOR HAMIZAM ABD MANAP ?? ORANG ramai mengambil kesempatan membeli pakaian sekolah yang dijual dengan harga RM5.
FOTO: ABNOR HAMIZAM ABD MANAP ORANG ramai mengambil kesempatan membeli pakaian sekolah yang dijual dengan harga RM5.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia