Harian Metro

Tolak kereta sorong tamatkan larian

-

Kehadiran ibu bapa bersama anak kecil ketika menyertai maraton

sempena Charity Super

Hero Run 2017, di sini, semalam, cukup menarik perhatian, apatah lagi anak kecil itu turut menjadi sebahagian peserta biarpun ditolak menggunaka­n kereta sorong bayi.

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui berkata, mereka menyertai acara larian jarak jauh itu sekadar suka-suka biarpun mempunyai anak dan pada masa sama dapat memanfaatk­an cuti hujung minggu bersama keluarga.

Seorang peserta, Sushil M Nair, 35, berkata, dia sudah dua kali menyertai acara maraton itu dan kali ini lebih istimewa kerana turut membawa anak lelaki pertamanya, Hermes Nair yang berusia tiga tahun.

“Saya tinggal di Ujong Pasir dan tiba, di sini, sejak jam 6.45 pagi. Saya berlari untuk menjaga kesihatan dan sedar membawa anak dan menyorong kereta sorong bayi ini sesuatu yang unik tapi pada masa sama saya perlu meluangkan masa berkualiti­nya.

“Tambahan, isteri saya dalam pantang anak kedua, jadi saya mengambil peranan menjaga anak,” katanya selepas menamatkan larian di Memorial Pengisytih­aran Kemerdekaa­n Bandar Hilir, di sini, semalam.

Selain itu, kelibat pasangan suami isteri berlari sambil menyorong kerusi sorong bayi turut mendapat perhatian apabila mereka turut menamatkan saingan lebih awal berbanding peserta lain.

Marjidi Hassan, 34, bersama isterinya, Normala Diwi Hashim,

30, kedua-duanya anggota tentera berkata, mereka mempunyai dua anak dan setiap kali mengambil bahagian dalam acara larian santai, mereka tidak meninggalk­an anak mereka.

 ??  ?? DARI kiri, Aiman Firash dan Marjidi beramah mesra dengan Hermes Nair dan Sushil pada program Charity Super Hero Run 2017.
DARI kiri, Aiman Firash dan Marjidi beramah mesra dengan Hermes Nair dan Sushil pada program Charity Super Hero Run 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia