Harian Metro

RAMUAN MADU EMPAT

 Empat wanita bermadu tinggal serumah rapat seperti adik-beradik

- lapor Idris Musa

> Hubungan empat wanita yang hidup bermadu ini sangat akrab walaupun berkongsi suami dan tinggal sebumbung. Antara isteri pertama, Rashidah Mohd Misman, 46, dengan madunya, Lailatul Shahira Mohd Yusmiza, 24; Fauziah Che Hashim, 48, dan Ummu Sulaim Abd Halim, 28, saling menghormat­i dan mengasihi. Mereka sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain dan menebal dengan rasa cinta berlandask­an agama,

Mereka bukan adik-beradik, tetapi hubungan antara satu sama lain sangat rapat tanpa ada rasa dengki walaupun berkongsi suami dan tinggal sebumbung.

Malah, isteri pertama, Rashidah Mohd Misman, 46, isteri kedua, Lailatul Shahira Mohd Yusmiza, 24, isteri ketiga, Fauziah Che Hashim, 48, dan isteri keempat, Ummu Sulaim Abd Halim, 28, saling menghormat­i dan mengasihi.

Menjalani kehidupan berkeluarg­a bersama suami, Mohd Shukri Mohd Noor, 46, mereka tiada perasaan untuk dilebihkan atau berasa disisihkan sebaliknya bertolak ansur dan menebal dengan rasa cinta berlandask­an agama.

Hasil perkongsia­n hidup Mohd Shukri dengan keempat-empat isteri yang dikahwini pada 1997, 2013 dan 2016 itu mereka dikurniaka­n tujuh cahaya mata berusia setahun hingga 17 tahun.

Rashidah berkata, dia mendapati ada banyak kebaikan melalui kehidupan berkeluarg­a secara poligami.

“Memang kami rasa macam adik-beradik. Kami saling membantu. Contohnya kalau memasak, walaupun kami ikut giliran, tapi apabila ada yang tak sihat, yang lain akan bantu. Kalau ada yang hamil dan mahu dilakukan pemeriksaa­n, kami bantu membawanya ke pusat rawatan.

“Kami juga dapat melakukan solat berjemaah. Hubungan anak kami pun sangat rapat. Mereka di luar (yang berprasang­ka negatif hidup berpoligam­i) kena ubah mentaliti,” katanya.

Isteri kedua, Lailatul Shahira berkata, bagi dirinya poligami perkara biasa walaupun sesetengah orang sukar menerimany­a.

“Bagi masyarakat mungkin bertanya, eh kenapa sampai empat isteri? Kalau saya sembang dengan kawan atau keluarga mereka memang akan pelik. Sebenarnya itu kasih sayang Tuhan memilih saya.

“Ia bukan dibuat saja-saja, tapi ada matlamat di samping nak menghidupk­an sunah Rasulullah dan sebenarnya melalui poligami kita banyak belajar, banyak ilmu panduan yang kita dapat. Ilmunya lebih mahal berbanding orang kahwin seorang.

“Kalau monogami hanya seorang isteri sedangkan dalam poligami ada kakak yang lain boleh belajar dengan kakak dan kita tahu kalau seorang suami ada lebih daripada seorang isteri tentu watak kepemimpin­an lebih menyerlah. Kalau nak tahu lebih lanjut kena poligamila­h,” katanya.

Isteri ketiga, Fauziah berkata, dia melihat poligami sebagai satu amalan dan sunah yang sangat cantik kepada wanita untuk menundukka­n nafsu yang boleh membawa ke neraka sekali gus menjadi wanita solehah.

“Saya suka menyebut satu pesanan daripada guru kami, bahawa suami itu bukan untuk direbutkan. Suami untuk dikongsika­n. Sebab kita tahu masyarakat akhir zaman ni perempuan ramai dan lelaki sedikit. Jadi perlulah poligami.

“Perempuan suka kalau dia seorang saja disayangi dan semua kehendakny­a dipenuhi sampai dia tak peduli nasib wanita lain yang tiada suami dan pembela. Rasa seronok itu kerana nafsu. Sepatutnya semua nikmat hendaklah dikongsi sebagai tanda bersyukur kepada nikmat Allah,” katanya.

Bagi Ummu Sulaim iaitu isteri keempat kepada Mohd Shukri, dia bersyukur kerana semua madunya sangat baik dan suka membantu.

“Apabila saya masuk dalam keluarga ini mereka sambut saya dengan senang sekali, siap dengan bilik. Saya terus terang saya bukan pandai masak, tetapi kakak yang bantu dan tunjukkan,” katanya.

“Hubungan anak kami sangat rapat. Mereka di luar (yang berprasang­ka negatif hidup berpoligam­i)

kena ubah mentaliti

Rashidah Mohd Mizran

Masyarakat akhir zaman ni perempuan ramai dan lelaki sedikit. Jadi perlulah poligami

Fauziah

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Shukri bersama (dari kiri) Fauziah, Rashidah, Ummu Sulaim dan Lailatul di Bandar Country Homes.
MOHD Shukri bersama (dari kiri) Fauziah, Rashidah, Ummu Sulaim dan Lailatul di Bandar Country Homes.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia