Harian Metro

Penyamun kembali pulang sim kad

-

Kuala Lumpur: Kembali semula ke premis perniagaan yang disamun bagi menyerahka­n kad sim telefon milik mangsa. Itu tindakan berani suspek samun di kedai serbeneka 24 jam di Jalan Maarof, Bangsar Park, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, dua penjaga kaunter premis terbabit didatangi lelaki bermotosik­al menyamar sebagai pelanggan.

Menurut sumber, sebaik memasuki premis, lelaki berkenaan terus mengacukan pisau pemotong sayur ke arah seorang penjaga kaunter terbabit.

“Suspek mengugut mangsa menyerahka­n barangan berharga serta wang tunai sekiranya tidak mahu dicederaka­n.

“Susulan itu, suspek merampas wang tunai dari kaunter dan dua telefon pintar milik pekerja terbabit sebelum melarikan diri,” katanya, semalam.

Jelasnya, beberapa jam kemudian, suspek didapati kembali ke premis berkenaan jam 12.10 tengah hari untuk menyerahka­n kad sim telefon bimbit kepada pekerja premis berkenaan sebelum beredar.

“Susulan kejadian, pemilik premis terbabit dan dua pekerja rugi lebih RM1,300.

“Polis giat menjalan siasatan termasuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu bagi mengenal pasti dan mengesan suspek,” katanya.

“Suspek mengugut mangsa menyerahka­n barangan berharga serta wang tunai sekiranya tidak mahu dicederaka­n”

Sumber

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek mengacukan pisau ke arah mangsa dan merampas telefon pintar.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek mengacukan pisau ke arah mangsa dan merampas telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia