Harian Metro

Pengantin lelaki lindung penjahat

 Buat kecoh halang polis pada majlis kahwin

- Meor Riduwan Meor Ahmad am@hmetro.com.my

Seorang pengantin lelaki ditahan polis selepas menghalang pihak berkuasa daripada menahan rakannya yang tersenarai sebagai individu dikehendak­i dalam satu majlis perkahwina­n di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, polis menjalanka­n operasi bagi menahan lelaki berusia 38 tahun yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk kesalahan mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, merusuh, curi serta dua kali ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor.

Suspek bagaimanap­un dapat melarikan diri selepas pengantin lelaki bersama antara 30 hingga 40 rakan mereka menimbulka­n kekecohan dan menghalang polis daripada menahan lelaki dikhendaki itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu bertindak membaling gelas minuman keras ke arah seorang pegawai kanan polis yang mengetuai operasi itu hingga cedera di tangan kiri sebelum suspek dapat melarikan diri melalui pintu belakang hotel.

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat, pengadu mengetuai sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan Op Cantas pada majlis perkahwina­n itu di hotel yang terletak di Jalan Putra.

Menurutnya, suspek itu dikehendak­i bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu ugutan bunuh dan khianat.

“Ketika mahu melakukan tangkapan terhadap suspek, pegawai dan anggota polis dihalang sekumpulan lelaki yang menolak mereka berkali-kali.

“Seorang daripada kumpulan itu yang mengaku pengantin lelaki terus membaling gelas minuman keras ke arah pengadu hingga cedera di tangan kiri manakala suspek dapat melarikan diri,” katanya, semalam.

Katanya, berikutan itu, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Taman Sri Ampang, jam 6 pagi semalam bagi mengelak kekecohan lebih besar jika ditahan pada majlis berkenaan.

 ??  ?? MOHD Rozi
MOHD Rozi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia