Harian Metro

Tak insaf lagi lepas dipenjara 10 tahun

-

Marang: Hukuman penjara 10 tahun dan 13 sebatan ternyata tidak menginsafk­an seorang bekas banduan apabila sekali lagi dicekup kerana disyaki mengedar dadah selepas hampir enam bulan dibebaskan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, di sini, kelmarin.

Malah, lelaki berusia 42 tahun terbabit sebelum ini sudah lima kali masuk penjara atas kesalahan sama.

Difahamkan, bagi kesalahan terakhir sebelum ini, suspek berusia 42 tahun dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan 13 sebatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sebelum dibebaskan Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Mohd Suhaimi Ali berkata, dalam serbuan kira-kira 7.30 pagi, polis menemui beberapa jenis dadah disorokkan di rumah disewa suspek dan kereta Perodua Myvi miliknya.

Katanya, hasil pemeriksaa­n di dalam rumah, polis menemui dua beg plastik warna biru berisi 390 biji pil disyaki pil kuda yang dianggarka­n bernilai RM3,900, 10 keping foil berisi pil disyaki jenis Eramine 5 berjumlah 100 biji (RM1,500) dan empat paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki syabu bernilai RM11,749.50.

“Menerusi pemeriksaa­n di dalam kereta pula, polis menemui dua bungkusan kertas pembalut dibungkus plastik yang mana setiap satunya mengandung­i 10 paket plastik biru berisi 4,000 biji disyaki pil kuda bernilai RM40,000 di dalam kulit pintu bahagian pemandu.

“Polis juga menemui lima bungkusan akhbar yang setiap satunya berisi satu bungkusan berisi 10 botol plastik cerah bertudung kuning mengandung­i serbuk putih disyaki dadah jenis heroin dengan rampasan dianggarka­n bernilai RM5,009 yang disorokkan di ruang bawah stereng,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini, semalam.

Beliau berkata, nilai rampasan keseluruha­n berjumlah RM87,158.50 termasuk wang tunai sebanyak RM10,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan suspek kini direman sehingga 16 Disember ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Bekas banduan sekali lagi dicekup kerana disyaki mengedar dadah

 ??  ?? MOHD Suhaimi (tengah) bersama pegawai polis menunjukka­n dadah yang dirampas.
MOHD Suhaimi (tengah) bersama pegawai polis menunjukka­n dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia