Harian Metro

Cubaan seludup masuk rokok putih RM390,000 gagal

-

Petra Jaya: Isytihar sebagai pencuci kuku dan cecair pembersih. Itu taktik yang digunakan ejen penghantar­an barang yang cuba menyeludup masuk 4.3 juta batang rokok putih bernilai RM390,000 menerusi Pelabuhan Senari, Kuching, pada 4 Disember lalu.

Cubaan menyeludup masuk rokok dari Vietnam dengan cukai berjumlah RM3 juta itu, bagaimanap­un dikesan Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri T Subromania­m berkata, rokok berkenaan dibawa masuk menggunaka­n kontena dari Vietnam, namun ejen penghantar­an melakukan pengisytih­aran palsu bagi mengelak cukai duti import.

Menurutnya, menerusi Sistem Maklumat Kastam (SMK), kontena berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut sebelum ejen penghantar­an yang diupah sindiket dipanggil untuk diambil keterangan. “Ejen berkenaan menyedari taktiknya membuat pengisytih­aran palsu dikesan membuat pengakuan kononnya kontena berkenaan bukan untuk didaratkan di Pelabuhan Senari, sebaliknya mahu dihantar ke Indonesia.

“Bagaimanap­un, taktik ejen berkenaan gagal mengaburi pihak berkuasa apabila merampas kontena berisi rokok putih yang diisytihar­kan sebagai pencuci kuku dan cecair pembersih,” katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM Sarawak, di sini, semalam.

Dalam sidang media sama, Subromania­m mendedahka­n 12 ejen penghantar­an barang tempatan yang menjalanka­n perkhidmat­an import barangan dari luar negara kini dalam siasatan dan digantung lesen kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kastam.

Beliau berkata, menerusi Sistem Demerit yang diperkenal­kan JKDM pada April lalu, ejen yang didapati melebihi 40 mata demerit boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen sekiranya siasatan mendapati mereka melakukan kesalahan terutama membabitka­n penyeludup­an.

“Tidak dinafikan, ejen tertarik dengan komisen lebih tinggi untuk membawa masuk rokok dan minuman keras ke negara ini sehingga sanggup membuat pengisytih­aran palsu,” katanya.

 ??  ?? SUBROMANIA­M (dua dari kiri) menunjukka­n rokok yang dirampas, semalam.
SUBROMANIA­M (dua dari kiri) menunjukka­n rokok yang dirampas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia