Harian Metro

‘Saya seolah-olah tak percaya’

-

Kuantan: “Terkilan tak dapat kucup dua beradik kembar itu. Mereka berdua rapat dengan saya. Rumah kami berdekatan dan selalu saya melayan mereka, semalam (kelmarin) dapat berita mereka sudah meninggal dunia, saya seolah-olah tidak percaya,” kata Ramelah Yaakob, 54.

Ramelah tidak dapat menahan sebak menceritak­an kehidupan bersama tiga anak saudaranya yang terbunuh dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian itu, pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, terbunuh di tempat kejadian, manakala bapa serta ibu mereka iaitu Ismail Yaacob, 53, dan Zarina Yong, 44, parah dan seorang lagi adik-beradik mereka, Nur Ain Harizah, 13, cedera.

Ramelah berkata, dia tidak dimaklumka­n yang keluarga adiknya itu bertolak ke Sungai Petani, Kedah, untuk membawa pulang anak mereka, Nur Ain Hafizah yang kini bercuti ke Dungun, Terengganu.

Katanya, sebaik mendapat berita kemalangan itu dia seolah-olah tidak percaya sebelum mendapat pengesahan daripada saudara mereka yang berada di Hospital Gerik memaklumka­n mengenai tragedi berkenaan.

Taiping: “Saya terkilan kerana tidak sempat menatap jenazah ketiga-tiga adik buat kali terakhir,” kata Muhammad Haris Ismail, 26, abang kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, kelmarin.

Jenazah pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan, Pahang, jam 12 tengah hari, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, tiga beradik berkenaan maut, ibu bapa mereka, Ismail Yaacob, 53, dan Zarina Yong, 44, pula parah, manakala seorang lagi adik-beradik mereka Nur Ain Harizah, 13, cedera selepas Honda HRV yang mereka naiki dirempuh sebuah treler.

Selain Honda HRV berkenaan, treler itu turut merempuh tiga kenderaan lain iaitu Nissan Grand Livina, Toyota Hilux dan Nissan Sentra yang menyebabka­n dua mangsa yang menaiki Nissan Grand Livina itu cedera.

Muhammad Haris berkata, kali terakhir dia bertemu dengan ketiga-tiga adiknya, dua bulan lalu ketika majlis menyambut menantu sempena perkahwina­nnya serta abang, Muhammad Hafiz, 27 yang berlangsun­g serentak.

“Saya begitu terkilan kerana tidak sempat menatap jenazah ketiga-tiga adik yang sudah dibawa dan selamat dikebumika­n pada jam 12 tengah hari tadi (semalam) di Kuantan kerana perlu menjaga ayah yang kini kritikal serta emak yang dirawat (Hospital Taiping).

“Dua adik saya yang juga pasangan kembar, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah terlalu rapat dengan saya dan sering meminta saya membelikan mainan,” katanya ketika ditemui di Hospital Taiping, semalam.

 ?? Ramelah Yaakob ?? Mereka berdua rapat dengan saya. Rumah kami berdekatan dan selalu saya melayan mereka, kelmarin dapat berita mereka sudah meninggal dunia, saya seolah-olah tidak percaya”
Ramelah Yaakob Mereka berdua rapat dengan saya. Rumah kami berdekatan dan selalu saya melayan mereka, kelmarin dapat berita mereka sudah meninggal dunia, saya seolah-olah tidak percaya”
 ??  ?? MUHAMMAD Haris bersama Nur Ain Harizah terkilan tidak sempat menatap jenazah tiga adik buat kali terakhir.
MUHAMMAD Haris bersama Nur Ain Harizah terkilan tidak sempat menatap jenazah tiga adik buat kali terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia