Harian Metro

Dah serik sangkar ikan rosak akibat banjir

-

Pekan: “Dua kejadian sangkar ikan di Sungai Pahang dilanggar kayu balak hanyut ketika banjir tahun lalu menyebabka­n kerugian lebih RM5,000 menjadi pengajaran kepada saya untuk mengambil tindakan awal.

“Sejak beberapa minggu lalu, saya dan suami, Abdul Khalid Mohd Yusof, 57, mengikat beberapa bahagian sangkar pada pokok besar di tebing sungai menggunaka­n kabel besi,” kata Noreha Abd Ghani, 57.

Wanita itu yang kini mempunyai 40 sangkar di Kampung Langgar, di sini, berkata, pengalaman banjir besar sebelum ini menjadi iktibar untuknya membuat persiapan awal bagi mengelak kerugian.

Katanya, setiap kali tiba musim tengkujuh, struktur sangkar perlu dikuatkan bagi mengelak ia pecah apabila ‘menerima’ arus Sungai Pahang yang deras dan berterusan dalam tempoh beberapa jam.

Noreha berkata, setiap tahun dia menyediaka­n peruntukan antara RM300 hingga RM500 membeli kabel besi, selain membaiki jaring sangkar yang diperbuat daripada kayu.

“Setiap kali tengkujuh, saya turut mengalami kerugian apabila banyak ikan patin dan tilapia merah mati berterusan setiap hari disebabkan keladak lumpur yang banyak.

“Bagi mengelak kerugian saya terpaksa mengurangk­an jumlah ikan dalam sangkar, simpanan ikan perlu dikurangka­n terutama membabitka­n ikan bersaiz kecil,” katanya berpengala­man lebih 10 tahun menternak ikan sangkar.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Pahang Azahari Othman berkata, sangkar di sepanjang Sungai Pahang terdedah arus deras setiap kali banjir dan penternak perlu memastikan ia diikat.

Katanya, penternak perlu menggunaka­n tali dan kabel besi untuk mengikat sangkar mereka pada pokok atau tiang konkrit di tebing sungai.

“Tali dan kabel besi lama perlu diganti. Selain dihanyutka­n arus deras air sungai ada juga sangkar dilanggar balak sehingga menyebabka­n ia pecah serta hanyut.

“Sehingga kini, ada kira-kira 8,642 unit sangkar diperbuat daripada kayu dan besi di negeri ini dengan jumlah paling banyak adalah di Pekan iaitu 4,163 unit, diikuti Temerloh sebanyak 2,018 unit yang terletak di Sungai Pahang dan Sungai Semantan,” katanya.

 ??  ?? NOREHA (kiri) menggunaka­n kabel besi untuk mengikat sangkar ikan sebagai persiapan sebelum bencana banjir berlaku di Kampung Langgar.
NOREHA (kiri) menggunaka­n kabel besi untuk mengikat sangkar ikan sebagai persiapan sebelum bencana banjir berlaku di Kampung Langgar.
 ??  ?? ABDUL Khalid menangkap ikan untuk diasingkan.
ABDUL Khalid menangkap ikan untuk diasingkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia