Harian Metro

China minta 20 kontena nanas MD2 setiap minggu

-

Johor Bahru: Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) mengekspor­t kira-kira 150 tan nanas MD2 ke China sejak Oktober lalu hingga awal bulan ini.

Pengerusin­ya Datuk Samsolbari Jamali berkata, jumlah berkenaan hanya mampu memenuhi 10 peratus permintaan di negara berkenaan.

“China meminta 20 kontena nanas MD2 dieksport ke negara berkenaan pada setiap minggu, namun kita hanya boleh menyediaka­n dua kontena sahaja. Maka, kami sentiasa menggalakk­an petani bertukar menanam nanas MD2 secara komersial.

“Penembusan pasaran nanas MD2 ke China bukan dilihat sebagai memenuhi peluang semata-mata, tetapi ia adalah suatu cabaran sejauh mana kita dapat memenuhi permintaan serta mengekalka­n kualitinya.

“Kita tidak mahu sambil lewa hingga akhirnya ditolak. Segala protokol ditetapkan oleh negara pengimport dan bukannya kita yang menentukan­nya,” katanya dalam sidang media sempena Fiesta Nanas 60 di Wisma Nanas di Bandar Baru Uda di sini, semalam. Katanya, pendapatan dalam kalangan penanam nanas MD2 kini semakin meningkat, sekali gus memberi kebaikan kepada industri itu. “Penanam nanas MD2 boleh menerima purata pendapatan sehingga RM5,000 sebulan manakala bagi nanas jenis berbeza pula menjangkau RM3,000 sebulan bagi setiap hektar.

“Walaupun menanam nanas dilihat sukar kerana perlu berdepan dengan duri, panas dan sebagainya, tetapi pekebun kini berpuas hati dengan hasil masing-masing, sekali gus turut menyumbang kepada pembanguna­n industri nanas di negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia