Harian Metro

Pelbagai aktiviti warnai Fiesta Nanas 60

-

Johor Bahru: Sempena ulang tahun ke-60 Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM), pelbagai aktiviti disediakan melalui Fiesta Nanas 60 di Pusat Perdaganga­n Bandar Baru Pontian, dekat sini, mulai 14 hingga 17 Disember ini.

Pengerusin­ya Datuk Samsolbari Jamali berkata, program berkenaan adalah manifestas­i bagi meraikan kejayaan LPNM bersama pekebun nanas, pengusaha, pengilang, usahawan serta masyarakat yang bersama-sama menyumbang kepada pembanguna­n industri tanaman itu.

Menurutnya, program membabitka­n kerjasama Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, kerajaan negeri, Pejabat Daerah Pontian, Majlis Daerah Pontian serta jabatan dan agensi di daerah Pontian.

“Fiesta Nanas 60 adalah kemuncak kepada sambutan 60 tahun LPNM yang ditubuhkan pada 1957 yang bakal disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Chik pada 14 Disember.

“Kita menyasarka­n 3,000 pengunjung hadir ke fiesta berkenaan yang menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung seperti pameran dan jualan kira-kira 20 jenis produk nanas serta demontrasi masakan berasaskan nanas,” katanya di sidang media di Wisma NANAS, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Menurutnya, turut diadakan pameran dekorasi nanas, jualan nanas, pertanding­an memancing, forum perdana, pertanding­an mewarna kanak-kanak selain cabutan bertuah serta pertanding­an yang menawarkan 300 hadiah menarik.

“Pengunjung bakal dihiburkan artis terkenal seperti Datuk Ramli Sarip, Faradhiya dan Yabang Khalifah yang bakal membuat persembaha­n pada malam Rhythm Of Pineapple pada jam 8 malam pada 16 Disember ini.

“Fiesta berkenaan juga akan menyaksika­n perasmian Sistem E-Pineapple selain Seminar Teknologi dan Inovasi Nanas pada 14 Disember, manakala perasmian Ngences Perisa Nanas pada 15 Disember serta perasmian Mobile Food Kiosk pada 16 Disember,” katanya.

 ??  ?? SAMSOLBARI (berdiri, lima dari kiri) bergambar dengan kakitangan LPNM mempromosi­kan aturcara Fiesta Nanas 60 selepas sidang media di Johor Bahru, semalam.
SAMSOLBARI (berdiri, lima dari kiri) bergambar dengan kakitangan LPNM mempromosi­kan aturcara Fiesta Nanas 60 selepas sidang media di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia