Harian Metro

Apa punya ayah...

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Bapa didakwa dera anak hingga melecur

Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan termasuk mendera anaknya sehingga melecur dan meninggalk­an kanak-kanak tanpa pengawasan ketika sakit, dua bulan lalu.

Tertuduh, lelaki berusia 32 tahun yang tidak bekerja itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Azhar didakwa dengan sengaja melakukan penderaan atas anaknya yang tidak mempunyai surat beranak dan kad pengenalan berumur tujuh tahun lima bulan sehingga menyebabka­n kecederaan iaitu melecur tahap dua pada anggota badan kanak-kanak itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lorong Keramat 6, Jalan Datuk Keramat di sini, jam 8 malam, 1 Oktober lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntu­kkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa dengan sengaja meninggalk­an tanpa pengawasan dan pemelihara­an ke atas anaknya itu ketika sedang mengalami kecederaan berkenaan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat sama pada jam 11 pagi, 8 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (a) akta sama dan boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan terakhir, Mohd Azhar turut didakwa dengan sengaja tidak mendaftark­an kelahiran anaknya itu antara bulan Mei dan Jun 2009 di tempat yang sama.

Mohd Azhar didakwa mengikut Seksyen 35 Akta Kematian dan Kelahiran 1957 (Akta 299) hukuman seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM250 bagi setiap kesalahan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan mangsa adalah anak tertuduh yang menetap bersamanya.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan rendah kerana masih mempunyai anak kecil dan tiada orang lain yang menjaga mereka.

Mahkamah kemudian membenarka­n tiada jaminan ditawarkan dan menetapkan 19 Januari depan sebagai sebutan semula kes. Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap lima tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,800 pada Jun 2015.

Ahmad Saliman Jamian, 55, didakwa menerima suapan itu daripada berberapa individu sebagai dorongan melakukan perbuatan bertentang­an hal ehwal prinsipaln­ya.

Dia didakwa menerima rasuah bagi membeli makanan dan rokok untuk tahanan dalam lokap, membebaska­n tahanan lokap serta tidak mengambil tindakan menahan individu yang mempunyai kes jenayah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 dan 29 Jun 2015 ketika bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia