Harian Metro

AGAR JEMAAH SELESA

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memberi penekanan terhadap aspek kebajikan serta kemudahan setiap jemaah haji di negara ini dalam urusan menunaikan fardu haji.

Penekanan yang diberikan bukan saja merangkumi aspek kefahaman dan penghayata­n ibadah, malah turut melalui pelbagai siri penganjura­n kursus mahupun penyediaan infrastruk­tur dan logistik dalam operasi haji setiap tahun.

Bakal jemaah Haji Malaysia dijemput menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh

TH. Dengan cara ini mereka diberikan penekanan dari aspek kefahaman dan penghayata­n ibadah haji agar mendapat haji mabrur.

TH juga memberi penekanan dalam aspek penyediaan infrastruk­tur, logistik, penginapan, perubatan dan pengangkut­an dalam operasi haji agar jemaah haji Malaysia dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pelaksanaa­n ibadah.

Program Sahabat Korporat TH satu inisiatif murni dan juga tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dilaksanak­an oleh TH dalam memastikan kesinambun­gan perkhidmat­an cemerlang serta memuaskan khususnya daripada sudut kebajikan dan keperluan para dhuyufurra­hman.

Menerusi program berkenaan juga, TH mempelawa pelbagai agensi, institusi korporat, swasta dan persendiri­an berganding­an dalam menunaikan tanggungja­wab sosial korporat mereka secara kolektif demi manfaat dan keselesaan dhuyufurra­hman.

Program yang dilaksanak­an sejak lebih dua dekad itu dari semasa ke semasa terus mendapat sambutan dan penyertaan menggalakk­an daripada pelbagai badan serta institusi korporat.

Lembaga Zakat Selangor, Chemical Company of Malaysia (CCM), Maybank Islamik Bhd, CBP Express dan Bank Islam Malaysia Berhad merupakan lima penyumbang terbesar Sahabat Korporat TH bagi musim haji tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah berkata, TH amat berterima kasih kepada pelbagai institusi korporat yang terlibat dalam program berkenaan yang banyak memberikan manfaat kepada para dhuyufurra­hman.

“Penglibata­n agensi, institusi serta badan korporat dalam Program Sahabat Korporat untuk menyantuni jemaah haji Malaysia ini dapat meringanka­n beban dalam persediaan kelengkapa­n barangan keperluan ketika menunaikan haji.

“TH sentiasa memberikan peluang dan penyertaan berterusan daripada pelbagai agensi, institusi serta badan korporat, malah persendiri­an demi menjaga kebajikan dan keselesaan para dhuyufurra­hman pada setiap musim haji,” katanya.

Program murni itu juga mencatatka­n 29 penyertaan dengan sumbangan keseluruha­n berjumlah RM5.3 juta dalam pelbagai bentuk seperti barangan keperluan, bekalan, perubatan, peralatan dan sumbangan berupa wang tunai.

Sumbangan Sahabat Korporat TH secara tidak langsung membentuk keseragama­n identiti yang memudah serta membezakan jemaah haji Malaysia dengan jemaah haji negara lain.

TH juga sentiasa memberi peluang dan mengharapk­an penyertaan berterusan daripada semua pihak khususnya dalam kalangan institusi korporat, swasta dan persendiri­an demi menjaga kebajikan dan keselesaan dhuyufurra­hman pada setiap musim haji.

Agensi, institusi mahupun badan korporat yang mengambil bahagian turut memperoleh platform bagi meraih publisiti selain dapat meningkatk­an promosi terhadap syarikat dan produk mereka umumnya kepada masyarakat.

 ??  ??
 ??  ?? MAJLISspel­epZsZnsjem­ZZhshZjisM­ZlZysiZske­sTZnZhs Sucisdisem­purnZkZnso­lehsPerdZn­ZsMenteris­DZtuks SerisNZjib­sRZzZksdis­KomplekssT­ZbungsHZji.
MAJLISspel­epZsZnsjem­ZZhshZjisM­ZlZysiZske­sTZnZhs Sucisdisem­purnZkZnso­lehsPerdZn­ZsMenteris­DZtuks SerisNZjib­sRZzZksdis­KomplekssT­ZbungsHZji.
 ??  ?? DATUKsSeri­sJZmilsKhi­rsBZhZroms­mengucZpkZ­nsselZmZts jZlZnskepZ­dZsjemZZhs­hZjisyZngs­ZkZnsberZn­gkZtskes TZnZhsSuci­sdZlZmspen­erbZngZnst­erZkhirsdi­sKLIA.
DATUKsSeri­sJZmilsKhi­rsBZhZroms­mengucZpkZ­nsselZmZts jZlZnskepZ­dZsjemZZhs­hZjisyZngs­ZkZnsberZn­gkZtskes TZnZhsSuci­sdZlZmspen­erbZngZnst­erZkhirsdi­sKLIA.
 ??  ?? KETUA PegAwAi StrAtegi CCM DuophZrmZs­BiotechsBe­rhZd,ss WZnsAmirsJ­effreysWZn­sAbdulsMZj­idsbersZmZ­sjemZZhshZ­ji.
KETUA PegAwAi StrAtegi CCM DuophZrmZs­BiotechsBe­rhZd,ss WZnsAmirsJ­effreysWZn­sAbdulsMZj­idsbersZmZ­sjemZZhshZ­ji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia