Harian Metro

Terus singkir Israel

- Asmah Rusman am@hmetro.com.my

 Usaha bersepadu perlu diambil lucut keanggotaa­n daripada PBB

menjadi mangsa kekejaman pihak Israel dan antara langkah paling drastik yang boleh dipertimba­ngkan adalah dengan menyingkir negara itu daripada PBB.

“Israel perlu diingatkan bahawa penubuhan negaranya pada tahun 1948 yang lalu banyak terhutang budi kepada PBB sendiri malah pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagik­an daerah mandat British-Palestin,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Dr Muzaffar, keputusan terbabit ditentang keras oleh negara Timur Tengah dan banyak negara Islam di serata dunia.

“Sejak penubuhan negara Israel, pelbagai masalah timbul terutama terhadap rakyat Palestin yang juga jelas bertentang­an dengan tujuan dan matlamat asal penubuhan PBB itu sendiri.

“Antara matlamat utama penubuhan PBB, sebagaiman­a yang ditetapkan dalam Perkara 1 Piagam PBB 1945

adalah untuk mengelakka­n perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabang­sa, serta memperbaik­i taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

“Semua matlamat yang dinyatakan jelas tidak dipatuhi oleh Israel sejak penubuhan negara mereka lebih 50 tahun yang lalu,” katanya.

Katanya, Perkara 6 Piagam PBB 1945 turut menyatakan dengan jelas bahawa ahli yang berterusan melanggar prinsip yang terkandung dalam piagam ini boleh dibuang daripada pertubuhan melalui Perhimpuna­n Agung atas syor Majlis Keselamata­n.

Katanya, bagi menjayakan cadangan berkenaan, masyarakat antarabang­sa perlu bersatu seperti yang ditunjukka­n oleh mereka baru-baru ini melalui resolusi Majlis Keselamata­n PBB 2334 pada Disember 2016 yang lalu.

“Dengan penyingkir­an Israel, seluruh negara dunia lebih mudah bekerjasam­a bagi terus membantu rakyat Palestin serta memaksa Israel untuk mengubah perangai buruk mereka selama ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA perubatan sukarelawa­n Palestin mendukung seorang penunjuk perasaan di Tebing Barat akibat ditembak tentera Israel.
ANGGOTA perubatan sukarelawa­n Palestin mendukung seorang penunjuk perasaan di Tebing Barat akibat ditembak tentera Israel.
 ?? Dr Muzaffar ?? Semua matlamat yang dinyatakan jelas tidak dipatuhi oleh Israel sejak penubuhan negara mereka lebih 50 tahun yang lalu”
Dr Muzaffar Semua matlamat yang dinyatakan jelas tidak dipatuhi oleh Israel sejak penubuhan negara mereka lebih 50 tahun yang lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia