Harian Metro

Tamparan hebat negara Islam

-

Pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadi tamparan besar kepada pemimpin negara Islam dan Arab khususnya yang selama ini tidak bersatu dan suka bersengket­a sesama sendiri malah terlalu bergantung kepada kuasa besar dunia itu.

Pensyarah kanan Jabatan Sosiobuday­a Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, beliau melihat Trump berani mengumumka­n perkara itu kerana budaya politik Arab yang berpecah, tiada kesungguha­n dan tidak jelas dalam memutuskan sesuatu tindakan.

Malah katanya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga gagal memainkan peranan dengan lebih baik dan tidak tegas memperjuan­gkan isu Palestin sehingga ia tidak dihormati AS.

Usaha bersepadu perlu diambil masyarakat antarabang­sa bagi menyingkir­kan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kegagalan negara itu untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang bertamadun serta yang berpanduka­n undang-undang.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, penduduk Palestin tidak pernah mengecapi kedamaian sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948 selain rampasan bandar Baitulmaqd­is, Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza selepas tamatnya Perang Enam Hari pada tahun 1967.

“Sudah lebih abad penduduk setengah

Palestin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia