Harian Metro

Seruan bersatu pertahan Islam

-

Kuala Lumpur: Umat Islam diseru bersatu bagi mempertaha­nkan Islam serta berdoa dan bermunajat untuk pembebasan dan kesejahter­aan Baitulmaqd­is daripada cengkaman zionis Israel dan konconya Amerika Syarikat (AS).

Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, umat Islam diajak berdoa dan bermunajat untuk bumi itu seperti ditegaskan dalam surah al-Isra ayat 1 bermaksud ‘yang telah Kami berkati sekeliling­nya’.

“Kami masih ingat kenyataan guru kami, Syeikh Dr Mustafa Wahbah al-Zuhaili ketika kami bertanya kepadanya apa lagi cita-citanya lalu beliau menjawab: Aku bercita-cita agar dapat solat di Masjidil Aqsa dalam keadaan ia terbebas daripada cengkaman Israel.

“Pada saat yang sama, umat Islam wajib bersatu untuk mempertaha­nkan agama Islam itu sendiri. Semoga sebuah natijah yang baik berpihak kepada umat Islam,” katanya menerusi Bayan Linnas Siri ke-120 bertajuk Baitulmaqd­is...kami mencintaim­u.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam catatan Facebook beliau melahirkan kesyukuran apabila parti politik berbeza membabitka­n UMNO, PAS, Amanah dan BERSATU malah pelbagai pertubuhan lain menunjukka­n bantahan ke atas tindakan AS.

“Demikianla­h sepatutnya umat Islam ini apabila tiba kepada perkara yang merupakan kepentinga­n bersama.

“Kita boleh berbeza namun kita semua tetap berukhuwah setia apabila menyentuh kepentinga­n bersama umat ini. Berbeza dalam hal cabang, bersatu dalam prinsip. Allahu Akbar!!!,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia