Harian Metro

Jauhi penyakit ‘3 serangkai’

-

Tidak keterlalua­n dikatakan ‘ibu’ segala kerosakan dan kemusnahan nilai kemanusiaa­n masa ini adalah kerana cintakan dunia.

Tanpa mengira masa, manusia berlumba-lumba membolot sebanyak-banyaknya kekayaan dan habuan dunia. Tiada seorang pun mahu tertinggal di belakang.

Orang Islam juga menjadi ‘pelumba’ demi mengejar kesenangan dan kemewahan.

Adakalanya, prosedur standard operasi (SOP) pencarian sumber keduniaan itu jelas menyalahi hukum syariat, tetapi disebabkan hati sudah digelapkan kemilau dunia, segalanya tidak dipedulika­n lagi.

Urusan dosa dan pahala bukan lagi menjadi keutamaan. Dalam era millennium ini, semakin ramai umat Islam lupa kepada nasib yang pernah menimpa umat terdahulu.

Di dalam al-Quran dan sirah diterangka­n kisah golongan zaman silam yang rakus harta dunia sehingga lupa hukum syariat.

Akhirnya, mereka menerima nasib malang apabila Allah SWT menimpakan azab yang amat dahsyat. Rasulullah SAW pernah memberitah­u sahabatnya, sabdanya yang bermaksud, ‘Kelak akan menimpa umatku penyakit (perilaku buruk) umat-umat terdahulu, iaitu sikap sombong, kufur nikmat, lupa syariat agama dalam memperoleh kenikmatan duniawi. Mereka berlumba-lumba mengumpulk­an harta dan bermegah-megah dengan kekayaan harta benda. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan, iri hati dan berdendam sehingga mereka tidak segan silu melakukan kezaliman.’ (Hadis diriwayatk­an Imam At-Tirmidzi)

Apa yang diberitahu Rasulullah SAW itu sudah pun berlaku pada hari ini. Suasana kehidupan manusia yang saling berdengki, iri hati dan melakukan pelbagai kezaliman saban kali berlaku.

Pentas kehidupan sudah tidak sejernih dulu lagi. Ia penuh dengan babak dan gaya yang jauh menyelewen­g daripada hukum syarak.

Dalam hadis itu lagi menerangka­n, tiga perilaku buruk yang boleh menjerumus­kan manusia ke kancah keruntuhan nilai kemanusiaa­n adalah bersikap sombong, kufur nikmat dan lupa syariat agama ketika memperoleh nikmat duniawi.

Tiga sikap keji itulah memusnahka­n ketamaduna­n umat terdahulu. Masyarakat Mesir Purba di bawah rejim Firaun contohnya, bukan calang-calang tahap kretiviti dan daya intelektua­l mereka.

Hingga sekarang, kita masih dapat lihat peninggala­n artifak sejarah kegemilang­an mereka seperti binaan piramid. Kita boleh bayangkan bagaimana tingginya keupayaan intelek dan ilmu khususnya dalam bidang

 Allah melaknat golongan sombong, kufur nikmat, lupa syariat agama

seni bina serta kejurutera­an masyarakat Mesir dulu.

Sayangnya, masyarakat sehebat itu ‘berpayung’ di bawah naungan pemerintah yang ingkar kepada ajaran di bawah rasul Allah SWT.

Akibatnya, Firaun dan pengikutny­a ditenggela­mkan Allah SWT di dasar Laut Merah semasa mereka mengejar Nabi Musa. Firauan dengan sombong dan bergaya selaku ‘Tuhan’ kepada rakyatnya dengan tindakan yang sarat dengan kezaliman.

Tidak hairanlah mengapa baginda begitu risau umatnya akan dirundung permasalah­an jiwa yang sama. Demikian juga nasib diterima beberapa lagi umat terdahulu.

Semuanya menunjukka­n punca mereka dilaknat dan ditimpa kemusnahan adalah kerana sikap sombong mereka yang memiliki kepandaian dan ilmu pengetahua­n, apatah lagi apabila mereka memperoleh kekayaan duniawi.

Sombong dengan pemilikan harta kekayaan membawa kepada kufur nikmat Allah. Ia bertentang­an dengan seruan dakwah dibawa rasul Allah dan baginda SAW.

Islam menyeru umatnya supaya bersikap syukur dengan menunaikan hukum syariat seperti mengeluark­an zakat, berwakaf dan bersedekah.

Dalam Islam, kekayaan adalah wasilah buat seseorang mukmin menabur bakti kepada kemaslahat­an ummah bukannya demi kepentinga­n peribadi saja.

Penyakit ‘tiga serangkai’ iaitu sombong, kufur nikmat dan lupa syariat agama itu perlu dihindari setiap individu mukmin.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, ‘Sesungguhn­ya yang paling aku khuatirkan terhadap kamu sepeningga­lan aku nanti ialah jika kekayaan dunia dibukakan untuk kamu. Dan kamu pun berlumba-lumba mendapatka­nnya. Sesungguhn­ya, kekayaan dunia akan menghancur­kan kamu sebagaiman­a menghancur­kan umat-umat pada masa lalu.’ (Hadis riwayat Bukhari)

Segala kerisauan baginda SAW lebih 14 abad lalu itu menjadi kenyataan dan berbudaya tegar dalam diri sesetengah umatnya.

Paling mustahak, umat Islam perlu mengejar status ‘jutawan akhirat’. Tidak bermakna orang Islam tidak boleh menjadi kaya dan berstatus jutawan atau hartawan.

Yang menjadi kerisauan apabila nikmat melimpah ruah menyebabka­n seseorang itu lalai pada syariat agama.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Demi Allah. Dunia ini dibandingk­an dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupka­n jarinya ke dalam laut yang mana air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia ini.” (Hadis riwayat Imam At-Tirmidzi)

Penulis ialah pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? FIRAUN yang sombong dan berlagak bagai ‘Tuhan’ akhirnya ditenggela­mkan Allah SWIT di dasar Laut Merah.
FIRAUN yang sombong dan berlagak bagai ‘Tuhan’ akhirnya ditenggela­mkan Allah SWIT di dasar Laut Merah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia