Harian Metro

Fokus perkara lebih utama

- DARI MUKA R27

Kemunculan Sherry dalam drama Syurga Yang Kedua

bakal ubati rindu peminat

“Jadi, ada baiknya saya fokus satu per satu. Apabila perniagaan sudah stabil, baru saya boleh menarik nafas lega dan kembali berlakon. Sepanjang dua tahun ini banyak tawaran drama tetapi saya tolak secara baik,” katanya.

Bagi mengubat kerinduan peminatnya, Sherry muncul dalam drama Syurga Yang Kedua yang mula ditayangka­n di saluran Astro Prima hari ini.

“Tawaran ini tepat pada waktunya. Kebetulan segala aktiviti membabitka­n produk sudah selesai, jadi saya terima tawaran ini. Agak lama juga saya tidak terbabit dengan penggambar­an. Tipu kalau saya kata tak rindu berlakon tetapi nak buat macam mana saya perlu fokus yang lebih utama.

“Kalau nak kata kekok, tidak juga. Cuma, watak kali ini berbeza daripada yang pernah saya bawa. Jadi, perlu teliti dalam setiap babak. Tambahan pula, drama ini berkisar kehidupan poligami, jadi ia berat,” katanya.

Pernah menjayakan drama bersiri panjang Cinta Ibadah yang turut menampilka­n ramai pelakon, Sherry berkata dia tidak ada masalah dengan situasi itu.

“Saya rapat dengan semua pelakon. Walaupun drama ini dibahagika­n kepada dua pasukan, saya okey dan tak ada masalah. Lagipun, ini bukan kali pertama saya menjayakan produksi yang membabitka­n ramai pelakon.

“Setiap pelakon ada watak masing-masing. Malah kebanyakan mereka orang lama dalam industri. Saya sangat hormat dan berbesar hati dapat berlakon dengan mereka,” katanya.

Mengulas kerjaya nyanyian pula, Sherry yang pernah menghasilk­an lagu Seikhlas Cinta dalam perancanga­n merakamkan single kedua.

“Insya-Allah, lagu kedua bakal menyusul tahun hadapan. Namun, sekarang masih dalam proses perancanga­n dan perbincang­an.

“Jika single pertama berentak balada, untuk lagu kedua ini saya inginkan kelainan iaitu lebih ‘catchy’. Kalau dapat, saya memang suka. Jadi, saya masih mencari lagu yang sesuai,” katanya.

Ditanya mengenai hubunganny­a dengan pihak pengurusan Fastyle, Sherry menjelaska­n dia sudah dua tahun tidak bersama syarikat yang turut menguruska­n kerjaya pelakon Fattah Amin.

“Sudah lama saya tinggalkan Fastyle selepas putus dengan Fattah. Jadi, saya tak mahu masuk campur atau dikaitkan dengan mereka lagi,” katanya ringkas. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? Watak kali ini berbeza daripada yang pernah saya bawa. Jadi, perlu teliti dalam setiap babak. Tambahan pula, drama ini berkisar kehidupan poligami, jadi ia berat
Watak kali ini berbeza daripada yang pernah saya bawa. Jadi, perlu teliti dalam setiap babak. Tambahan pula, drama ini berkisar kehidupan poligami, jadi ia berat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia