Harian Metro

‘Tak sangka boleh berlakon’

- DARI MUKA R27

Tuah ternyata memihak kepadanya. Pakej sempurna yang ada pada gadis berdarah campuran India dan Cina ini menarik perhatian

Datuk Aznil Nawawi untuk menawarkan­nya menyertai program On Air musim keenam.

“Selepas tamat AF, dalam fikiran saya hanya terbayang untuk kembali sambung belajar di sebuah kolej swasta di Johor Bahru.

“Tak sangka pula saya dan seorang lagi peserta AF, Riana diberikan peluang ini. Kami mula menjalani latihan selama enam bulan bermula November 2016 dan berakhir pada Mei tahun ini. Sekarang kami menunggu tawaran untuk mengacara,” katanya.

Pasti ramai bersetuju AF adalah platform terbaik untuk mencari peluang dalam industri hiburan tanah air.

Tidak terkecuali, Jasper turut mengecapin­ya apabila mula diintai produksi lakonan dan kini sudah bergelar pelakon.

“Ikutkan, saya lebih cenderung dengan muzik. Bagaimanap­un, tak salah jika mahu menceburi cabang seni lain dan ketika berada dalam On Air, saya hadir ke uji bakat drama Semusim Rindu.

“Sebaik komitmen dengan On Air tamat, jadual saya terus diisi dengan penggambar­an drama ini. Tak sangka pula saya boleh berlakon,” katanya.

BINTANGI POLIS EVO 2

Menerusi drama 40 episod yang sudah ditayangka­n di saluran Astro, Jasper melakonkan watak antagonis sebagai Yuhanis yang berjaya menarik perhatian penonton.

“Kalau pertama kali orang jumpa, pasti ingat saya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia