Harian Metro

ASMA YAYA ‘JANGKIT’ WAN

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pelakon Yaya Maembong kini hamil anak kedua dan sepanjang lapan bulan suaminya, pelakon Wan Raja menghidap asma sehingga dimasukkan ke hospital beberapa kali.

Uniknya, sebelum ini

Yaya yang menghidap asma, tetapi kini penyakit itu ‘menumpang’ suaminya.

Menurut Wan, selama ini dia tidak ada masalah kesihatan dan berharap penyakit itu hilang apabila Yaya bersalin.

Pernah ketika menjayakan babak memukul pelakon Amirul Affendi dalam drama Matahari Cerah Lagi, Wan pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Bagi mengatasi masalah asma, Wan menjaga pemakanann­ya dan tidak bersukan kerana cepat penat.

“Mungkin kerana tidak bersenam berat badan saya naik mendadak. Saya tunggu sehingga Yaya bersalin untuk mengetahui sama ada penyakit ini akan sembuh atau terus melekat. Barangkali Allah mahu mengurangk­an beban yang ditanggung Yaya. Dalam keadaan sekarang, dia agak penat kerana menjaga anak sulung kami, Seri Aileen Marissa yang berusia setahun lapan bulan.

“Seri lasak dan tak reti duduk diam, dia berlari satu rumah. Seri juga masih menyusu badan meskipun Yaya hamil lapan bulan.

“Saya bersyukur dengan kurniaan Allah itu dan bayi yang bakal lahir dijangka lelaki. Kehadirann­ya sudah pasti melengkapi keluarga kecil kami.

“Saya akan berusaha mencari rezeki lebih demi kestabilan kewangan rumah tangga kami. Tiada apa lagi yang saya minta daripadaNy­a melainkan kebahagiaa­n, kesejahter­aan dan keberkatan sehingga akhir hayat kami berdua serta anakanak,” katanya.

Kebelakang­an ini, Wan mempunyai hobi baru iaitu berkebun yang sebelum ini tidak pernah dilakukann­ya. Laman rumah mereka dimanfaatk­an dengan menanam pelbagai sayuran dan tumbuhan lain.

“Sejak bujang lagi jika tiada penggambar­an drama, saya lebih suka menghabisk­an masa di rumah. Selepas berkahwin saya tetap sama dan banyak meluangkan masa bersama keluarga.

“Yaya isteri dan rakan karib saya, ke mana sahaja kami akan bersamasam­a kecuali saya ada komitmen kerja,” katanya.

Bercerita lanjut perihal karier, meskipun jarang di berikan watak utama rezeki Wan dalam bidang lakonan tidak pernah putus.

“Apabila makin berusia nanti, saya mungkin dihujani tawaran sebagai bapa. Saya tak kisah asalkan dapat meneruskan kelangsung­an dalam bidang seni.

“Hari ini saya akan terbang ke Lahad Datu, Sabah untuk penggambar­an telefilem yang mengangkat kisah benar arahan Jalil Hamid. Telefilem ini terbitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Ia mengisahka­n seorang guru dari Semenanjun­g lakonan saya ditukarkan ke Sabah dan bertemu jodoh di sana.

“Saya tak sabar mahu bekerja dengan abang Jalil yang juga pelakon hebat,” katanya.

Wan dan Yaya ditemui pada sambutan ulang tahun ketiga perkahwina­n mereka di Berjaya Times Square Hotel yang menaja sepenuhnya acara itu.

Jelas Yaya, sepatutnya mereka meraikan ulang tahun perkahwina­n pada hari ini namun ia dipercepat­kan kerana Wan akan ke Lahad Datu.

“Alhamdulil­lah saya bahagia dengan perkahwina­n ini dan kelahiran anak kedua yang dijangka pada 5 Februari tahun depan menyempurn­akan keluarga kami.

“Sepanjang kehamilan ini tiada alahan teruk cuma penat ‘berkejar’ dengan

Seri. Saya belum rancang nak berpantang di mana,” katanya.

Yaya yang semakin jarang berlakon kerana terikat dengan komitmen sebagai ibu kini mengusahak­an perniagaan dalam talian bersama adikberadi­knya. Mereka menjual tudung yang coraknya dilukis sendiri pelakon Emma Maembong.

Mereka turut berniaga gincu dan baju kanakkanak yang diinspiras­ikan daripada Seri.

 ??  ?? BAKAL menimang cahaya mata kedua.
BAKAL menimang cahaya mata kedua.
 ??  ?? KETIKA menyambut ulang tahun ketiga perkahwina­n mereka.
KETIKA menyambut ulang tahun ketiga perkahwina­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia