Harian Metro

Papar kisah hidup remaja

-

Lagu: Selalu

Artis: Insomniack­s Komposer: Iqie, Iskandar, Dan dan Gavin

Lirik: Iqie, Iskandar dan Dan

Label dan edaran:

Sony Music Malaysia

Band Insomniack­s yang dianggotai Iqie, Iskandar, Dan dan Gavin mempertaru­hkan buah tangan sulung berjudul Selalu.

Melodi lagu ini mengingatk­an rangkaian lagu band popular, Bunkface, mungkin kerana ada beberapa persamaan dari segi rujukan muzik dan sebagainya.

Muzik ‘keras’ sebegini sedikit sebanyak menjadi alternatif kepada penggemar muzik yang ingin lari sebentar daripada karya ‘lentok’ yang laris dalam pasaran hari ini.

Mengupas liriknya, Selalu memaparkan kisah hidup anak remaja.

“Selalu fokus kepada persahabat­an dan tindakan remaja apabila berdepan kemurungan,” kata Gavin mewakili rakan.

Menurut Insomniack­s, ketika menghasilk­an lagu, mereka menjadikan beberapa band popular dari Barat sebagai rujukan.

“Antara yang menjadi rujukan kami adalah 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy,” kata Iskandar.

Empat anak muda itu juga teruja apabila Selalu terpilih menjadi satu daripada lagu drama Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick.

Di YouTube, video muzik bersama liriknya dimuat naik sejak sebulan lalu dan mencatat 110,000 tontonan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia