Harian Metro

Lonjak sukan pergununga­n

-

Malaysia satu-satunya negara Asia Tenggara aktif sebagai ahli UIAA

Antara misi pendakian negara yang pernah dianjurkan PKN ialah Ekspedisi Merdeka De’Everest pada 2007 dengan enam ahlinya iaitu Idris

Said, Ahmad Reduan Rozali, Ahmad Fakhri Abu Samah, Marina Ahmad, Mohd

Rofi Kori dan Muhammad Fauzan Hasan berjaya ke puncak Everest menerusi laluan Nepal sekali gus merekodkan Marina sebagai wanita pertama Malaysia ke puncak tertinggi dunia itu.

Selain itu, PKN juga berjaya melahirkan dua ahlinya iaitu Ahmad

Reduan Rozali dan Ahmad Fakhri Abu Samah sebagai penakluk tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua berbeza dunia atau dikenali sebagai ‘Seven Summit’.

PKN yang dianggotai 50 ahli dan diterajui Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus sebagai presidenny­a sejak persatuan itu ditubuhkan pada 2004 juga pernah menganjurk­an beberapa ekspedisi nasional yang lain antaranya Misi Perdana De’Everest 2011 ke Everest menerusi laluan Tibet dan Kembara Srikandi Prihatin ke Gunung Elbrus, Rusia 2017.

Persatuan itu yang boleh dianggap sebagai entiti terkenal dalam pergerakan aktiviti pergununga­n tempatan turut mempunyai ‘sekolah angkat’ iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari bagi menggalakk­an lebih ramai generasi muda terutama pelajar sekolah meminati aktiviti rekreasi dan mendaki gunung.

Memandangk­an PKN dilihat sebagai persatuan paling dikenali di Malaysia dalam aktiviti rekreasi, baru-baru ini persatuan berusaha mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu negara ahli untuk layak menyertai Persekutua­n Pergununga­n dan Pendakian Antarabang­sa (UIAA).

 ??  ?? PKN turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai programnya. Penyertaan
PKN di bawah
UIAA mampu mengkormes­ialkan aktiviti pergununga­n di Malaysia seterusnya dapat merancakka­n pelanconga­n gunung di Malaysia
PKN turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai programnya. Penyertaan PKN di bawah UIAA mampu mengkormes­ialkan aktiviti pergununga­n di Malaysia seterusnya dapat merancakka­n pelanconga­n gunung di Malaysia
 ??  ?? Penyertaan PKN memberi peluang perkongsia­n dan kerjasama di peringkat antarabang­sa dalam aspek kajian, etika, teknikal, latihan, perubatan dan standard aktiviti pendakian dan pergununga­n di Malaysia
Penyertaan PKN memberi peluang perkongsia­n dan kerjasama di peringkat antarabang­sa dalam aspek kajian, etika, teknikal, latihan, perubatan dan standard aktiviti pendakian dan pergununga­n di Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia