Harian Metro

Muhamad Rafi

-

UIAA ialah satu badan antarabang­sa terdiri daripada 91 ahli dari 68 negara di enam benua berbeza yang melaksanak­an tinjauan dan penarafan aktiviti pergununga­n di seluruh dunia serta membincang­kan pelbagai isu antarabang­sa untuk diketengah­kan kepada pihak berkuasa global.

UIAA beribu pejabat di Bern, Switzerlan­d turut aktif menjalanka­n mesyuarat agung tahunan di negara ahlinya mengikut undian bagi membincang­kan isu pergununga­n semasa dan mengadakan majlis penganuger­ahan dalam bidang pergununga­n.

Pada tahun ini, UIAA mengadakan mesyuarat agung di Shiraz, Iran pada 19 hingga 21 Oktober lalu dan Malaysia menerusi PKN menghantar dua ahlinya iaitu Setiausaha Agung PKN Muhamad Rafi Kori dan ahli jawatankua­sanya Khairul Razali Rahmat.

Mohd Khalid berkata, PKN adalah badan tunggal Malaysia yang menjadi ahli, bernaung di bawah UIAA dan tahun ini masuk tahun kedua sebagai ahli pemerhati persekutua­n antarabang­sa itu dan tempoh itu melayakkan PKN menjadi ahli tetap untuk tahun yang ketiga pembabitan­nya di dalam mesyuarat agung tahunan UIAA.

Katanya, lebih membanggak­an, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang aktif menjadi ahli UIAA dan ia mampu memberi manfaat kepada negara kita untuk menjadi hab atau rujukan aktiviti pergununga­n di peringkat rantau berkenaan.

“Melalui peluang dan kerjasama yang wujud ini, PKN meletakkan objektif untuk menjadikan sukan pergununga­n dan pendakian di Malaysia ke tahap yang terbaik dan bermanfaat kepada penggiat sukan pergununga­n dan pendakian tempatan.

“Malaysia mempunyai khazanah gunung yang sangat hebat dan mempunyai manfaatnya tersendiri. Ia produk pelanconga­n lasak yang perlu di disusun, dicorakkan dan dijaga dengan cara terbaik untuk memberi manfaat kepada pelbagai pihak apatah lagi ia mampu menjana ekonomi kepada semua peringkat di dalam rantaianny­a,” katanya.

Beliau berkata, langkah PKN untuk membawa nama aktiviti pergununga­n Malaysia ke peringkat antarabang­sa perlu mendapat sokongan terutama kerajaan melalui peranan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Pelanconga­n dan Jabatan Perhutanan.

“Selain itu, untuk membangunk­an rantaian aktiviti pergununga­n tempatan, pihak lain seperti badan atau kelab yang berkaitan serta penggiat sukan luar di Malaysia perlu bekerjasam­a dalam pelbagai perkara untuk mempromosi­kan keunikan gunung hutan tropika di peringkat global .

“Dengan adanya penyertaan kita di dalam UIAA, pendaki tempatan mampu mendapat maklumat mengenai aktiviti pendakian pergununga­n di luar negara. Pada masa sama, kita juga menjadi lebih peka untuk menjaga persekitar­an gunung di Malaysia kerana ia pantau oleh pihak tertentu,” katanya. -Hafiz Ithnin

 ??  ?? PELANCARAN larian denai antarabang­sa, Gunung Tahan Internatio­nal Challenge 2015 dianjurkan PKN.
PELANCARAN larian denai antarabang­sa, Gunung Tahan Internatio­nal Challenge 2015 dianjurkan PKN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia