Harian Metro

Jerantut dari puncak gunung

- Ainal Marhaton Abd Ghani rencana@hmetro.com.my

Menjejak Via Feratta Paya Gunung di Kampung Paya Gunung, Jerantut, Pahang bagai meletakkan nyawa penulis di hujung tanduk.

Terbayang lereng bukit batu yang tinggi, tiada tebing untuk dijejak dan melekap bagai adiwira Spiderman serta bergantung sepenuhnya pada alatan keselamata­n membuatkan fikiran mula tidak keruan.

Pendakian yang tiada dalam jadual peribadi membuatkan penulis tidak langsung membuat sebarang persiapan terutama di segi fizikal.

Lebih daripada itu penulis hanya mengenakan sepasang ‘sandal’ yang agak uzur dan tidak mungkin dapat menyaingi rakan lain lengkap berpakaian sebagai pendaki!

Bagaimanap­un, desakan rakan pendaki selain sokongan moral berjaya menepis rasa takut yang semakin menebal di hati.

Penulis bersama sembilan pendaki termasuk Pengarah Pejabat Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang (Motac Pahang), Datuk Idros Yahya sebenarnya menyertai ekspedisi Via Feratta Paya Gunung (menara kedua) sempena Rock Climbing Challenge Jerantut 2017 di lokasi sama, baru-baru ini.

Pendakian bermula pada jam 11 pagi dan berakhir tiga jam kemudian. Sebelum itu, peserta diwajibkan menghadiri sesi taklimat keselamata­n disampaika­n Idros sendiri berkaitan penggunaan peralatan seperti abah-abah, topi keledar, karabiner, cangkuk dipanggil ‘scorpion’ dan teknik ikatan tali pada cincin besi di dinding gunung.

Peserta memulakan ekspedisi di kaki bukit Paya Gunung dan mendaki bukit secara menegak serta tiada langsung tanda ada kawasan rata sebaliknya hanya trek sempit yang perlu diredah seorang demi seorang.

Ia benar-benar mencabar ketahanan mental dan fizikal kami terutama bahagian tangan untuk memegang tali keselamata­n atau menggengga­m akar dan dahan pokok sepanjang pendakian.

Nafas mula mencungap sehingga pada satu tahap peserta berhenti seketika untuk meredakan tekanan kerana masih perlu memanjat beberapa bongkah batu sambil berpaut pada akar kayu dan tali keselamata­n bagi mengelak daripada terjatuh terutama di laluan tanah licin kerana hujan sehari sebelumnya.

Dalam tempoh 20 minit pendakian, mata penulis terarah pada tangga besi berwarna biru yang diikat kukuh menggunaka­n kabel besi pada batang pokok untuk ke Via Feratta Paya Gunung.

Penulis mengangkat tangan tanda mengalah untuk meneruskan pendakian walaupun rakan lain terus mendesak supaya bersama-sama sampai ke puncak. ‘Separuh jalan pun sudah berbaloi sebab sudah jumpa tangga helikopter’ bisik penulis kepada jurulatih via feratta yang juga pemandu pelancong, Zuhairan Mohd Daud, 46.

Bagi mengelak rasa terkilan tidak dapat menikmati pemandanga­n bandar Jerantut sepenuhnya, Zuhairan membawa penulis memanjat sebuah bongkah batu dan mengabadik­an kenangan di situ berlatarbe­lakangkan bukit batu kapur yang lain serta banjaran gunung.

Via Feratta Paya Gunung adalah yang pertama di Semenanjun­g Malaysia dan kedua negara selepas via feratta tertinggi dunia dan pertama negara di Gunung Kinabalu.

Menurutnya, Via

Feratta Paya Gunung juga adalah via feratta pertama memiliki dua menara ditemui sekitar 10 tahun lalu oleh bekas atlit yang juga peminat sukan lasak Roszaman Ismail bersama Zuhairan.

Idros berkata, menara pertama yang memiliki ketinggian 120 meter dari paras laut (turun dengan cara abseiling) dibuka awal 2016 manakala menara kedua yang baru dibuka pertengaha­n Oktober lalu memiliki ketinggian 150 meter dari paras laut dan turun menggunaka­n laluan sama.

Menurutnya, sebaik sampai ke puncak, pendaki boleh melihat pemandanga­n penuh bandar Jerantut pada putaran 360 darjah, gua Kota Gelanggi dan Gunung Senyum serta pemandanga­n lain yang menarik.

 ??  ?? PEMANDANGA­N jelas bandar Jerantut boleh dilihat dari puncak Bukit Paya Gunung.
PEMANDANGA­N jelas bandar Jerantut boleh dilihat dari puncak Bukit Paya Gunung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia