Harian Metro

Kibar Jalur Gemilang gergasi seberat 11 kilogram

-

Seramai 11 pendaki dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) dan lima pendaki jemputan melakar sejarah mengibarka­n Jalur

Gemilang gergasi seberat 11 kilogram di Gunung Semeru, Malang, Indonesia.

Bendera Malaysia yang bersaiz 12 meter lebar dan enam meter panjang itu mempunyai berat 11 kilogram dan dikibarkan di puncak Gunung Semeru atau dikenali sebagai Mahameru dengan ketinggian 3,676 meter pada 5 Disember lalu.

Penguasa Kanan

Bomba I dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan penyelamat Melaka yang juga ketua ekspedisi itu, Noor Hisham Kamal berkata, pendakian berkenaan dianjurkan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu bermula 2 Disember lalu dan dikendalik­an oleh Summit Attack Resources sebagai perunding.

Beliau berkata, selain itu, pendaki juga berjaya melengkapk­an pendakian ke Gunung Bromo berketingg­ian 2,329 meter berhampira­n dengan gunung berkenaan pada 6 Disember lalu.

“Kejayaan merentang bendera gergasi di puncak gunung yang terkenal dengan cabaran pendakiann­ya adalah hadiah anggota bomba kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.

“Pendakian ini juga memberi faedah kepada pegawai untuk menimba pengalaman berkaitan pengurusan dalam kemalangan terutama di gunung dan juga mengalami sendiri cabaran serta halangan sebenar ketika operasi menyelamat di kawasan pergununga­n,” katanya.

Hisham berkata, gunung berkenaan dipilih kerana pendakian di Indonesia sangat digemari oleh pendaki tempatan sejak dulu lagi dan juga terkenal dengan pengurusan semasa berlakunya kemalangan.

Sementara itu, Pengarah Summit Attack Resources, Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, antara cabaran yang perlu ditempuhi termasuk suhu sejuk mencecah negatif dua darjah Celsius, jarak yang begitu jauh dan panjang, laluan menegak untuk ke puncak dan juga berbatu kerikil sehingga ke puncak menyebabka­n kaki sukar untuk melangkah.

“Kumpulan ini juga bernasib baik kerana menjadi kumpulan terakhir yang mendaki kerana sehari selepas kami turun, berita tempatan melaporkan pihak berwajib mengeluark­an amaran pendakian di gunung ini ditutup dan perlu dijauhi sejauh empat kilometer kerana dikhuatiri bakal melepaskan letusan,” katanya.

 ??  ?? JPBPM merentangk­an Jalur Gemilang gergasi di puncak Gunung Semeru.
JPBPM merentangk­an Jalur Gemilang gergasi di puncak Gunung Semeru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia