Harian Metro

ALAT JANA KUASA MAMPU MILIK

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Ciptaan Maanasa menobatkan­nya

sebagai pemenang Discovery Education 3M Young Scientist

Challenge

Siapa sangka, gadis muda yang masih di awal remaja mampu berfikir dan mencari penyelesai­an bagi krisis dunia.

Bagi Maanasa

Mendu, 14, dunia yang kian membangun dan berkembang memerlukan sumber tenaga yang boleh diperbahar­ui bagi mengatasi krisis keperluan tenaga.

Saintis muda dari Ohio, Amerika Syarikat ini berjaya menghasilk­an alat inovatif dan kreatif bagi menjana sumber tenaga.

Menariknya, alat jana kuasa ciptaannya itu dihasilkan dengan hanya AS$5 (RM20) dan sebahagian besar alat berkenaan diperbuat daripada bahan terpakai dan kitar semula.

Alat inovasi kos rendah diberi nama Harvest itu berfungsi menukar cahaya matahari, angin dan hujan kepada sumber tenaga yang boleh diperbahar­ui.

Gadis muda ini bukan saja kreatif dan inovatif malah berfikiran kritis kerana menghasilk­an alat jana kuasa mampu milik khusus bagi memenuhi keperluan penduduk bumi khususnya di negara dunia ketiga.

Objektif utama Maanasa adalah untuk membekalka­n alat ciptaannya ke seluruh dunia bagi memperbaik­i taraf hidup masyarakat yang masih tidak dapat hidup dengan sumber tenaga elektrik seperti penduduk bumi lain.

Idea unik dan memberi impak itu diinspiras­ikan daripada kunjungann­ya ke India.

Menurutnya, setiap kali cuti musim panas dia dan keluarga akan berkunjung ke India dan mereka sering mengalami masalah terputus bekalan elektrik.

Ketika itu, anak muda berjiwa besar ini menyaksika­n ramai penduduk di India khususnya di luar bandar menjalani kehidupan seharian tanpa sumber elektrik dan air yang bersih.

Hasil ciptaan diberi nama Harvest itu turut menobatkan Maanasa sebagai pemenang bagi Discovery Education 3M Young Scientist Challenge dan mendapat gelaran Saintis Muda Amerika Syarikat serta memenangi AS$25,000 (RM102,115).

Harvest memanfaatk­an tenaga mekanikal dalam bentuk angin dan pemendapan melalui kesan ‚Piezoelect­ric‘ (fenomena luar biasa apabila bahan tertentu menghasilk­an elektrik ketika terdedah dengan ketegangan mekanikal) dan cahaya matahari.

Maanasa mengetenga­hkan ‚Pieoelectr­ic‘ dalam ciptaannya selepas melihat berita mengenainy­a.

Katanya, dia melihat stesen kereta api di Jepun menggunaka­n laluan ‚Piezoelect­ric‘ dan ketika itu dia percaya ia penyelesai­an tepat untuk krisis tenaga yang dihadapi dunia.

Kini, tumpuan

Maanasa tertumpu pada mengkomers­ialkan alat ciptaannya itu ke seluruh dunia khususnya di kawasan yang menghadapi masalah bekalan sumber elektrik serta negara dunia ketiga.

 ??  ?? MAANASA
MAANASA
 ??  ?? MAANASA menyasarka­n memperkena­lkan alat jana kuasa kos rendah itu ke seluruh dunia khususnya negara dunia ketiga.
MAANASA menyasarka­n memperkena­lkan alat jana kuasa kos rendah itu ke seluruh dunia khususnya negara dunia ketiga.
 ??  ?? CIPTAAN yang diberi nama
Harvest ini menukarkan cahaya semula jadi seperti sinaran
matahari, angin dan hujan kepada
tenaga elektrik.
CIPTAAN yang diberi nama Harvest ini menukarkan cahaya semula jadi seperti sinaran matahari, angin dan hujan kepada tenaga elektrik.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia