Harian Metro

Idam nombor satu dunia

- Redzuan Muharam

Meskipun tidak mendapat bimbingan jurulatih, Soh Wai Ching, 23, membuktika­n mampu pergi jauh dalam sukan larian menara dengan mewakili negara di kejohanan antarabang­sa.

Malah, kemampuan Soh terbukti apabila mendapat tempat keenam dalam kejohanan Vertical World Ciruit (VWC) di Hong Kong minggu lalu yang disertai peserta jauh lebih berpengala­man dari seluruh dunia.

Bercerita lanjut, anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia aktif dalam sukan olahraga sejak di bangku sekolah namun mula menceburi acara larian menara selepas menyertai kejohanan berkenaan di Menara Kuala Lumpur pada 2013.

“Saya memang gemar menyertai acara larian dan disebabkan minat, sanggup bekerja sambilan sebagai jurujual di pasar raya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengumpul wang bagi membayar yuran penyertaan.

“Minat itu berterusan selepas menyambung pengajian dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya (UM) dan salah satu acara yang paling diminati adalah larian menara.

“Namun, penyertaan saya dalam kejohanan berkenaan bukan semata-mata untuk memburu kemenangan sebaliknya lebih kepada keinginan mengumpul dan menambah koleksi pingat yang hanya diterima jika berjaya menghabisk­an larian,” katanya.

Ditanya mengenai rutin, Soh berkata, sukan itu memerlukan stamina yang tinggi jadi dia perlu menghabisk­an kira-kira 12 hingga 14 jam seminggu untuk menjalani latihan di UM Arena dengan jarak keseluruha­n berjumlah 90 kilometer (km).

Katanya, latihan itu dilakukan selepas habis kuliah pada sebelah petang dan setiap catatan masa direkodkan untuk dijadikan rujukan bagi memperbaik­i prestasi peribadi.

“Saya bergerak sendiri jadi segala aspek perlu diberi perhatian, bukan saja disiplin ketika latihan tetapi juga soal pemakanan yang mempengaru­hi kecergasan dan tahap kesihatan diri.

“Perbelanja­an lain pula membabitka­n kelengkapa­n juga perlu disediakan sendiri jadi duit kemenangan diperoleh akan saya gunakan untuk membeli keperluan itu.

“Memang sukar pada mulanya namun selepas beberapa tahun, ada pihak yang menyedari bakat saya dan bersetuju memberi tajaan,” katanya yang masih mengharapk­an tajaan untuk kelangsung­annya dalam sukan berkenaan.

Soh berkata, setakat ini, dia sudah mengambil bahagian dalam 183 kejohanan dalam dan luar negara dan menjadi impiannya untuk menjadi atlet larian menara nombor satu di dunia satu hari nanti.

Katanya, dia yakin tiada yang mustahil dengan syarat ada usaha dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi.

“Tahun ini, misi saya lebih kepada mencari pengalaman beraksi di luar negara dan rasa bertuah kerana mendapat peluang menyertai kejohanan di Beijing, Shanghai, Osaka, Jepun dan terbaru di Hong Kong.

“Penyertaan dalam kejohanan itu bukan saja memberi kepuasan peribadi kerana dapat mewakili negara tetapi peluang bertemu dengan peserta dari pelbagai negara yang tidak lokek berkongsi tip dan pengalaman mereka.

“Diharap, pengalaman itu membantu saya untuk mencapai azam iaitu berada sekurangku­rangnya di tiga podium teratas dalam kejohanan di Eiffel Tower, Perancis pada Mac tahun depan,” katanya yang berhasrat menjadi pensyarah dan penyelidik khusus dalam acara larian menara.

 ??  ?? KETIKA menamatkan larian menara di Hong Kong. SOH (berdiri tiga dari kiri) bersama peserta lain semasa acara larian
menara di Beijing, China.
KETIKA menamatkan larian menara di Hong Kong. SOH (berdiri tiga dari kiri) bersama peserta lain semasa acara larian menara di Beijing, China.
 ??  ?? SOH bersama pingat yang dimenangin­ya.
SOH bersama pingat yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia