Harian Metro

BINA KAMPUNG KECIL

- BAYI KESEJUKAN

DARI MUKA H57

Berikutan itu katanya, MAPIM mengambil inisiatif menyelaras dan menyusun gerak kerja bantuan demi memastikan kesengsara­an etnik Rohingya diringanka­n serta bantuan diagih dengan lebih terurus.

“Kalau dulu, ketika MAPIM baru tiba, keadaan huru-hara dan kotor. Tiada sistem saliran mahupun kumbahan. Mereka membuang air besar di tanah sawah dan pinggir jalan menyebabka­n kawasan persekitar­an kotor serta sukar mendapat bekalan air bersih.

“Sekarang, kami sudah ada lima kem yang dilengkapi kemudahan asas dan penempatan lebih selesa. Kami tetapkan gugusan (kluster) tertentu seperti bahagian pelarian baru, pendaftara­n dan penempatan.

“Kami juga bekerjasam­a dengan beberapa NGO seperti Yayasan Amal, Haluan dan Serantau Muslim bagi mewujudkan ASEAN Village di salah sebuah kem di Balukhali.

“Perkampung­an kecil ini lebih teratur, mempunyai sumber telaga tiub, tandas berpaip hasil teknologi pam solar serta kemudahan untuk wanita. Selain itu, ia juga dilengkapi kemudahan masjid dan madrasah untuk pengajian anak-

MAPIM bangun 250 rumah perlindung­an untuk pelarian Rohingya

anak Rohingya serta lebih 250 rumah perlindung­an. Begitupun, masalah utama ketika ini adalah keperluan pakaian dan selimut untuk mereka menempuhi musim sejuk,” katanya.

Jelas Zulhanis sekalipun banyak bantuan diterima daripada pelbagai pihak, namun ia belum dapat menampung jumlah diperlukan, terutama apabila tiba musim sejuk.

“Kami cari sumbangan RM1,500 setiap kali untuk mengadakan sumber air bersih menerusi telaga tiub, kemudian kami bina surau dengan setiap satunya menelan kos RM10,000, mengadakan tandas serta menyediaka­n keperluan bulanan setiap keluarga bernilai RM65.

“Surau ini perlu untuk solat Jumaat dan anak-anak mengaji. Selebihnya kami terpaksa berusaha untuk meraih sumbangan bagi kempen Sepinggan Nasi Untukmu Rohingya dan menyediaka­n keperluan asas, terutama selimut serta pakaian lebih selesa untuk kanak-kanak,” katanya.

Tambah beliau, selimut menjadi sasaran utama kini berikutan 60 peratus daripada pelarian Rohingya di kem terbabit terdiri daripada bayi dan kanak-kanak. Mereka ini kehilangan ibu bapa ketika

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia