Harian Metro

JOM BELI BUKU!

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sempena berlangsun­gnya Pesta Buku Big Bad Wolf minggu ini, Project Amal sekali lagi merebut peluang berkunjung ke Pusat Konvensyen Seri Kembangan bersama anak yatim dan kurang berkemampu­an untuk membeli buku, esok (13 Disember).

Presidenny­a, Syahrizal Ismail berkata, kunjungan itu selari dengan Program Jom Baca Buku yang dibawakan khusus

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Project Amal.

“Projek ini tercetus atas dasar prihatin. Setiap tahun, kami bawa 100 hingga 150 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai program ini.

“Mereka diiringi sukarelawa­n dewasa dan diberi peruntukan sehingga RM150 untuk membeli apa saja jenis buku yang diminati. Kebetulan harga murah yang ditawarkan di pesta buku berkenaan, mereka boleh membeli banyak buku bermanfaat,” katanya.

Jelas Syahrizal, selain membeli buku, semua kanak-kanak yang terpilih juga berpeluang menikmati pengalaman istimewa sepanjang mengikuti program berkenaan.

“Apabila tiba di pesta buku nanti, mereka akan menikmati juadah istimewa yang disediakan sebelum dihiburkan persembaha­n badut. Selepas itu, penglipur lara akan mengambil alih tugas badut dan memulakan sesi bercerita.

“Biasanya, cerita yang disampaika­n penglipur lara adalah cerita rakyat. Selesai sesi makan dan berseronok, mereka ini akan dipasangka­n dengan sukarelawa­n dewasa dan masuk ke ke dewan pesta untuk membeli buku,” katanya.

Menurutnya, tempoh dua jam diperuntuk­kan untuk sesi berkenaan memandangk­an buku yang tersedia di dewan mencecah ratusan ribu naskhah serta judul.

Tamat sesi penting itu, sukarelawa­n akan membawa anak-anak terbabit kembali ke dewan utama sebelum diserahkan kembali kepada penjaga masing-masing.

“Program ini juga bakal diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan iaitu penyanyi dan komposer Korie Aminuddin,” katanya.

Selain PEMADAM dan Project Amal, Program Jom Baca Buku turut mendapat kerjasama kerjasama Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

 ??  ?? KANAK-KANAK diiringi sukarelawa­n sepanjang berada di pesta buku.
KANAK-KANAK diiringi sukarelawa­n sepanjang berada di pesta buku.
 ??  ?? PROGRAM Jom Baca Buku tahun lalu.
PROGRAM Jom Baca Buku tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia