Harian Metro

Kehidupan sukar suri rumah

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Drama bersiri 26 episod, Aku Di Sisimu temui penonton setiap

Jumaat hingga Ahad di RTM bermula 17 Disember ini

Slot Widuri yang menjanjika­n tayangan drama bersiri kekeluarga­an terbaik di RTM mula mendapat tempat di hati penonton setia saluran itu.

Tambahan pula, slot itu berkongsi kisah paparan realiti dalam masyarakat yang boleh dijadikan iktibar.

Drama bersiri 26 episod berjudul Aku Di Sisimu memaparkan kehidupan sukar suri rumah bernama Laila selepas suaminya koma akibat kemalangan jalan raya.

Siri itu akan menemui penonton setiap Jumaat hingga Ahad bermula 17 Disember ini, jam 7 malam di TV1.

Ia menampilka­n Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman.

Dalam cerita itu, anak Laila, Sarah menyalahka­n dia sebagai punca bapanya, Nasa terbabit dalam kemalangan.

Jururawat Mira yang bertugas di hospital Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah untuk berbaik semula dengan Laila.

Pada masa sama, Mira baru saja ditawarkan pemberhent­ian kerja dan dia menggunaka­n wang pampasan menjalani rawatan tabung uji untuk mengandung namun ditegah suaminya.

Laila pula dapat kerja baru tetapi terpaksa berhenti kerana tidak mampu memberi komitmen antara kerja, anak dan suami.

Simpati dengan Laila, bapanya mengambil keputusan menyerahka­n geran tanah kepadanya untuk dijual bagi menampung kos rawatan Nasa yang tinggi.

Di hospital sama, Shukor yang menghidap kencing manis enggan pulang ke rumah kerana mengetahui dua anaknya, Sajiah dan Suria sudah tidak mahu menjaganya.

Shukor menyaranka­n Mira untuk membuka pusat jagaan pesakit kerana dia ingin jururawat itu terus merawatnya.

Bagaimanap­un, Mira tidak mempunyai modal kerana pusat jagaan pesakit memerlukan kos besar.

Dia kemudian menceritak­an hal itu kepada Laila yang bersetuju menjadi rakan kongsi.

Yakin dengan keputusan itu, Laila menghantar surat peletakan jawatan selepas mendapat sokongan daripada bapanya.

Dua sahabat itu mula membuat perancanga­n dan mereka meninjau harga kelengkapa­n serta mencari rumah sewa sebagai tempat pusat berkenaan.

Pada mulanya, pesakit mereka hanya tiga orang termasuk Nasa dan Shukor namun sahabat terbabit berdepan cabaran apabila masalah besar timbul.

Seorang lagi pesakit pusat jagaan itu bernama

Zali lumpuh selepas bermain ragbi.

Zali tidak mahu makan kerana sudah berputus asa menyebabka­n badannya menjadi sangat lemah.

Penonton yang tidak sempat menyaksika­n Aku Di Sisimu di TV1 boleh menonton siri berkenaan di portal online Myklik di myklik.rtm.gov.my.

 ??  ?? ANTARA babak dalam Aku Di Sisimu.
ANTARA babak dalam Aku Di Sisimu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia