Harian Metro

MENONJOL LAKON WATAK ASKAR

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Hafiz Nolan, 26 dan Derrick YiFan, 27, bukan baru dalam industri seni tanah air namun mereka masih kurang dikenali penonton drama Melayu.

Lantaran itu mereka berharap lakonan terbaru dalam drama Gempur Wira yang disiarkan awal tahun depan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menjadi batu loncatan untuk lebih dikenali.

Meskipun Gempur Wira bukan drama pertama lakonan Hafiz, dia berharap drama lapan episod itu mampu menyemarak­kan pembabitan­nya dalam dunia lakonan tanah air.

Kerjaya lakonan Hafiz bermula di pentas teater dan pernah beraksi di Istana Budaya. Pada 2012 hingga 2014 dia menyambung pengajian di Akademi

Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan teater.

“Ketika belajar saya terus berlakon dan berjinak-jinak dalam bidang peragaan.

Saya juga bernasib baik apabila dapat menggilap bakat menerusi Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) namun bebas melebarkan kerjaya lakonan dengan stesen TV lain.

“Bagi mengukuhka­n kedudukan dalam bidang ini, saya kena bersedia melakonkan apa sahaja watak.

“Memandangk­an tak ramai menyedari kemunculan di kaca TV, saya kena bekerja lebih keras. Saya juga berharap watak sebagai Leftenan Badli dalam Gempur Wira menyerlahk­an lagi nama saya. Drama ini sangat menarik kerana saya dapat menyelami kehidupan sebenar anggota tentera,” katanya.

Menurut bekas peserta pertanding­an Mr Planet 2014 itu, dia rasa bersemanga­t apabila menyarungk­an pakaian seragam tentera.

“Saya difahamkan drama terbitan Teknik Jaya Global Sdn Bhd ini akan disambung tahun depan dan harapnya watak Leftenan Badli dikekalkan,” katanya.

Hafiz turut menjayakan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang kini bersiaran di slot Akasia TV3.

DAMBA WATAK GELAP

Sementara itu, Derrick pula yang terlebih dulu mencipta nama menerusi drama Kantonis kini beralih ke drama Melayu. Sebagaiman­a Hafiz, dia juga bersedia menyahut cabaran melakonkan apa sahaja watak.

Menurut Derrick, pelakon Niezam Zaidi yang menyaranka­n namanya kepada penerbit drama Melayu, justeru apabila Teknik Jaya Global Sdn

Bhd menawarkan watak Leftenan Tony dalam Gempur Wira, ia ibarat bulan jatuh ke riba.

“Niezam turut menjayakan drama ini. Saya kini banyak bertutur dalam bahasa Malaysia agar lebih fasih.

“Karakter saya dalam Gempur Wira agak serius dan ada kalanya suka berjenaka. Lebih sebulan kami berkampung di Kuantan, Pahang demi menyelami kehidupan sebenar anggota tentera. Ketika itu saya rasa seperti betul-betul seorang askar.

“Sepanjang penggambar­an, saya banyak merujuk sutradara iaitu Fairuz Loy dan bertanya dengan Hafiz serta Niezam,” katanya.

Derrick juga mendambaka­n watak gelap dan berat supaya dapat mengembang­kan lagi bakatnya.

“Saya mahu penonton bencikan karakter yang dibawa. Mungkin sebagai penjahat atau orang gila,” katanya yang ingin menurut jejak langkah Alvin Chong yang semakin mendapat tempat dalam pasaran Melayu.

 ??  ?? HAFIZ (kiri) dan Derrick.
HAFIZ (kiri) dan Derrick.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia