Harian Metro

Semak status pemulangan

- Siraj@hmetro.com.my

 Istana Selangor belum terima pengesahan mengenai laporan Dr Mahathir darjah kebesaran

Istana Selangor akan mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamed memulangka­n darjah kebesaran yang dikurniaka­n Sultan Selangor, hari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pihaknya belum menerima pengesahan rasmi mengenai perkara itu memandangk­an semalam adalah cuti umum di negeri ini sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.

“Saya tidak dapat mengesahka­n perkara ini memandangk­an hari ini (semalam) cuti dan pejabat tutup. Esok saya akan semak dan keluarkan kenyataan rasmi mengenainy­a,” katanya selepas Istiadat Penganuger­ahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-72 Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Dr Mahathir memulangka­n darjah kebesaran Sultan Selangor tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

“Itu antara Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah (Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali) dengan istana, tiada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir sudah memulangka­n dua darjah kebesaran yang diterima beliau pada Khamis lalu dan diserahkan kepada pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah,

Klang.

Jurucakap bekas Perdana Menteri itu berkata, darjah kebesaran yang dipulangka­n ialah Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Jurucakap Dr Mahathir itu turut mengesahka­n Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama dengan memulangka­n darjah kebesaran yang diterima beliau.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddi­n memandang serius dan kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia