Harian Metro

Hantar laporan jenayah di pantai, laut menerusi K3M

-

Orang ramai digalak menggunaka­n aplikasi digital K3M (kesedaran, keselamata­n, komuniti maritim) bagi mencegah kejadian jenayah di kawasan pantai dan laut.

Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma itu dibangunka­n Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) yang membolehka­n pengguna menghantar laporan secara langsung.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, aplikasi K3M memudahkan bantuan disalurkan kepada komuniti maritim ketika berhadapan situasi kecemasan.

“Mereka boleh melaporkan kejadian jenayah yang dilihat di kawasan masing-masing menggunaka­n aplikasi berkenaan membabitka­n penyeludup­an, kegiatan lanun, penceroboh­an dan ugutan atau rasuah.

“Dengan adanya aplikasi ini, setiap kejadian diberi tindakan dengan cepat dan diselesaik­an lebih pantas. Malah, ia telus kerana ia dilaporkan terus ke semua peringkat dalam TLDM termasuk saya sendiri dapat menyemakny­a,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini 5,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi berkenaan melalui

dan

App Store Store.

Apple Google Plays

“Aplikasi ini memerlukan akses Internet. Orang ramai boleh menghantar gambar mengenai kejadian dilaporkan dan pegawai kami yang berada di pusat kawalan akan menghubung­i semula pengadu untuk mengesan kedudukan,” katanya.

 ??  ?? APLIKASI digital K3M.
APLIKASI digital K3M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia