Harian Metro

Laluan Salleh dibuka

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

 Kerjasama KDCF Society, YSD pupuk kesedaran jaga hutan simpan

Laluan berbasikal dibuka di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara (KDCFR) untuk kemudahan penduduk sekitar selain tarikan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti riadah di hutan simpan berkenaan.

Laluan dinamakan Salleh Trail itu dibuka melalui kerjasama antara Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara (KDCF Society) dan Yayasan Sime Darby (YSD).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby (YSD), Yatela Zainal Abidin berkata, Laluan Salleh akan membantu meningkatk­an kesedaran dan penghargaa­n terhadap hutan rizab dalam kalangan orang ramai serta menekankan kepentinga­n pemulihara­an biodiversi­ti dan alam sekitar.

“Apabila pihak YSD menerima usul dan diminta menyokong penubuhan Laluan Salleh, kami berasa teruja dengan cadangan bernas KDCFR dalam usaha mewujudkan satu lagi cara untuk menarik orang ramai melawat hutan simpan, menyediaka­n kemudahan melakukan aktiviti luar, sekali gus mengamalka­n gaya hidup sihat selain meningkatk­an kesedaran mengenai keperluan untuk ruang hijau di kawasan bandar.

“Jejak ini juga dilihat dapat menawarkan peluang kepada pencinta alam untuk melihat perspektif kehidupan hutan rizab secara dekat.

“Malah ia juga memberi pendedahan kepada kanak-kanak kepentinga­n hutan simpan dan pemulihara­an hutan simpan untuk dipulihara generasi akan datang,” katanya pada majlis pelancaran Laluan Salleh di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara (KDCFR), di sini, semalam.

Laluan Salleh dinamakan bersempena nama Penasihat Kehormat KDCFR dan Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS) Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor sebagai pengiktira­fan terhadap peranannya dalam pemulihara­an alam semula jadi di Malaysia.

Hadir memberi sokongan pada majlis pelancaran itu, Dr Salleh yang turut menerima momento diserahkan Yatela.

 ??  ?? SALLEH dan Yatela bersama orang ramai di Majlis Perasmian Salleh Trail di Hutan Simpan Kota Damansara.
SALLEH dan Yatela bersama orang ramai di Majlis Perasmian Salleh Trail di Hutan Simpan Kota Damansara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia