Harian Metro

Datang dan ambil aje

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

 Geng ibu SK Setia Alam sedia kelengkapa­n sekolah percuma

Setiap pakaian dan barangan kelengkapa­n sekolah hendaklah dalam keadaan baik, dicuci, digosok serta digantung terlebih dulu.

Itu syarat yang dikenakan sekumpulan ibu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam di sini, sebelum menerima sumbangan kelengkapa­n sekolah untuk dikumpul dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Rosmah Ismail, 39, yang mengetuai program berkata, konsep khidmat masyarakat itu tercetus daripada sekumpulan ibu kepada murid di sekolah itu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Setia Alam bagi membantu meringanka­n beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an.

Katanya, syarat yang dikenakan itu bagi memastikan emosi kanak-kanak tidak terganggu apabila melihat rakan sekolah lain memakai pakaian serba baru.

“Oleh itu, kami mahu jaga kualiti sumbangan yang diberikan. Baju, kasut dan beg mestilah dalam keadaan bersih. Tiada kesan koyak atau sudah usang.

“Bagi mereka yang mahu mahu menyumbang baju pula mesti hantar pakaian dalam keadaan yang sudah di dicuci, digosok dan digantung sebelum dihantar ke tempat pengumpula­n,” katanya.

Rosmah berkata, sehingga kini lebih 500 kelengkapa­n sekolah terdiri daripada kasut, baju dan beg yang kualitinya masih baik dapat dikumpulka­n.

“Setiap pagi apabila kaunter dibuka, kami susun penuh baju di enam rak penggantun­g dan akhirnya hanya tinggal dua saja yang masih berisi.

“Ibu bapa dari sekitar Meru, Bukit Raja, Setia Alam dan kawasan berhampira­n yang memerlukan dijemput datang dan ambil saja apa yang mereka mahu secara percuma,” katanya.

Dia juga tidak menyangka program yang dianjurkan pertama kali itu mendapat sambutan sangat menggalakk­an.

“Ada ibu bapa yang melahirkan rasa syukur kerana ia mampu mengurangk­an beban mereka.

“Tambahan pula sesi persekolah­an akan bermula tidak lama lagi, ibu bapa pula mendahuluk­an apa yang penting seperti yuran sekolah dan alatan belajar daripada membeli baju dan beg,” katanya.

Menurut Rosmah, program itu bermula 5 Disember lalu dan ditutup pada hari cuti umum namun ia akan berakhir pada 1 Januari 2018.

 ??  ??
 ??  ?? PAKAIAN yang terkumpul harus dalam keadaan baik, digosok, dicuci dan digantung sebelum disumbangk­an.
PAKAIAN yang terkumpul harus dalam keadaan baik, digosok, dicuci dan digantung sebelum disumbangk­an.
 ??  ?? DERETAN kedai yang musnah dalam kebakaran.
DERETAN kedai yang musnah dalam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia