Harian Metro

INSURANS HAYAT SEMURAH RM5

- Nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Syarikat telekomuni­kasi, U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) terokai segmen perniagaan baru dengan memperkena­lkan GOLIFE, pakej insurans hayat mikro mudah alih yang ditawarkan pada harga serendah RM5 dan RM10.

Produk terbaru itu adalah hasil kerjasama strategik U Mobile bersama Sun Life Malaysia, syarikat penyedia perkhidmat­an insurans hayat dan Takaful di Malaysia, sekali gus mewujudkan tawaran pakej insurans hayat mikro yang berpatutan dan mampu milik.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, menerusi pengenalan produk tersebut, ia telah menjadikan U Mobile sebagai syarikat telekomuni­kasi pertama yang menawarkan produk sedemikian dalam pasaran ketika ini.

Beliau berkata, menyedari kepentinga­n dan keperluan untuk memiliki insurans hayat membantu pihaknya untuk mewujudkan produk pertama seumpama itu dalam pasaran tempatan khususnya dengan bantuan dan kerjasama penuh dari Sun Life Malaysia.

Tambahnya lagi, U Mobile komited untuk memberikan kesedaran dan pendidikan khusus kepada lima juta pelanggan sedia ada serta bakal pelanggan baru akan pentingnya mempunyai pegangan insurans hayat, lebih-lebih lagi dengan tawaran yang berpatutan.

“Pengenalan produk sebegini juga bersesuaia­n dengan peredaran masa memandangk­an dunia ketika ini menuju ke arah teknologi dan dunia digitial. Memandangk­an kadar pembelian dan pemilikan telefon pintar semakin meningkat di Malaysia, kami yakin produk ini akan mendapat sambutan.

“Dengan beberapa langkah mudah, pengguna U Mobile boleh membuat pembelian polisi insurans hayat mikro ini menerusi aplikasi mudah alih U Mobile tanpa perlu menunggu lama.

“Malah, pembelian polisi melalui aplikasi mudah alih juga seiring dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasa­kan digital ekonomi yang dapat merangsang dan memberi manfaat kepada syarikat dan pelanggan setia kami,” katanya kepada Bisnes Metro di Ibu Pejabat U Mobile di sini.

GOLIFE menawarkan dua pilihan insurans iaitu GOLIFE5 dan GOLIFE10 di mana masing-masing ditawarkan pada harga mampu milik serendah

RM5 dan RM10 kepada semua pelanggan setia U Mobile untuk menikmati perlindung­an hayat ini.

Bagi produk GOLIFE5, pengguna bakal dilindungi dengan kadar sehingga RM18,000 bagi perlindung­an membabitka­n kematian ataupun kehilangan upaya kekal menyeluruh atas sebab semula jadi.

Untuk GOLIFE10 pula, dengan hanya premium bulanan bernilai RM10, pengguna akan menikmati kadar perlindung­an sehingga RM38,000 yang membabitka­n kematian atau kehilangan upaya kekal menyeluruh atas sebab semula jadi.

Wong berkata, produk GOLIFE adalah pilihan tepat untuk dilanggan memandangk­an ia hanya mengambil masa proses transaksi yang cepat, pendaftara­n mudah dalam talian dengan tuntutan mudah dan pantas serta 60 hari tempoh jaminan kepuasan.

“Kami sentiasa memberikan keutamaan kepada para pelanggan setia U Mobile kerana jika mereka berpuas hati, ia turut memberi manfaat kepada syarikat untuk menghasilk­an lebih banyak inovasi produk pada masa akan datang.

“Malah dengan adanya produk seumpama ini, kami yakin pengguna akan terus menjadikan U Mobile sebagai telekomuni­kasi pilihan memandangk­an ia bukan sahaja menumpukan kepada segmen telekomuni­kasi, tetapi menyeluruh seperti insurans hayat,” katanya.

GOLIFE hanya layak bagi pengguna yang berumur 18 hingga 45 tahun dengan pembaharua­n bulanan sebagai syarat perlindung­an bagi kematian atau kehilangan upaya kekal menyeluruh akibat penyakit berjangkit tertentu serta 60 hari tempoh jaminan kepuasan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond

Lew berkata, pihaknya memandang serius tentang kerjasama strategik ini yang bukan sahaja memberi kelebihan kepada keduadua syarikat, tetapi turut merancakka­n sektor insurans hayat negara.

Menurutnya, Sun Life Malaysia mempunyai visi untuk menyediaka­n keselamata­n kewangan sepanjang hayat kepada rakyat negara ini menerusi pelbagai strategi saluran pengedaran khususnya dalam rangkaian digital.

“Kerjasama kali ini menandakan inisiatif insurans atas talian dan kami begitu teruja untuk menawarkan produk insurans mikro yang begitu murah dan mudah diakses.

“Ia juga adalah selari dengan aspirasi kerajaan dalam mencapai kadar penembusan insurans hayat sebanyak 75 peratus menjelang 2020 yang dapat memperkuku­hkan sektor terbabit,” katanya.

GOLIFE boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih U Mobile dan laman webnya di www.u.com.my bermula Februari 2018.

 ??  ?? WONG optimis produk yang diperkenal­kan pihaknya dengan kerjasama Sun Life akan mencatatka­n
penembusan yang tinggi.
WONG optimis produk yang diperkenal­kan pihaknya dengan kerjasama Sun Life akan mencatatka­n penembusan yang tinggi.
 ??  ?? WONG bersama Lew yakin dengan inisiatif insurans atas talian.
WONG bersama Lew yakin dengan inisiatif insurans atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia