Harian Metro

Sasaran 50% hujung tahun

- Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

Jumlah pengeluara­n dan jualan kenderaan cekap tenaga (EEV) di negara ini diyakini mampu mencapai sasaran sehingga 50 peratus akhir tahun ini berbanding 42.8 peratus tahun lalu.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, mengikut Dasar Automotif Negara 2014 (NAP), kerajaan menyasarka­n Malaysia mampu menjadi hab pengeluara­n dan jualan kenderaan EEV menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, jualan EEV yang menembusi pasaran begitu menggalakk­an dengan pembabitan industri mencecah 32.6 peratus pada 2015 bagi menghasilk­an kenderaan jimat tenaga berkenaan.

“Tahun lalu EEV mencapai 42.8 peratus daripada jumlah jualan dalam negeri dan kita yakin ia akan meningkat kepada 50 peratus akhir tahun ini.

“Ini kerana, mengikut rekod setakat Oktober lalu, jualan kenderaan EEV membabitka­n motosikal dan kereta sudah mencapai 45.6 peratus dan ia begitu memberangs­angkan,” katanya selepas Merasmikan Sambutan Ulangtahun ke-60 Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH), semalam.

Menurutnya, kerajaan melihat industri automotif sebagai penyumbang penting dan strategik kepada sektor perkilanga­n apabila

 Kenderaan EEV catat jualan memberangs­angkan

menyumbang RM40 bilion membabitka­n 3.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, tahun lalu.

“Bukan itu saja, sektor automotif juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada 600,000 individu termasuk mempunyai lebih 700 vendor, peniaga dan pusat pengedaran,” katanya.

Dalam majlis ulang tahun berkenaan, BSH melancarka­n motosikal yang kelima juta dikeluarka­n syarikat itu sejak 60 tahun beroperasi.

Sementara itu, Pengerusi BSH, Datuk Seri Loh Cheng Yean komited untuk bekerjasam­a dengan kerajaan bagi memperkena­lkan lebih banyak model motosikaln­ya yang mencapai standard EEV.

“Kita sudah memiliki sijil kenderaan EEV dari Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pada tahun lalu dan menjadi pengeluar motosikal pertama yang mempunyai model disahkan EEV.

“Pada tahun ini, lima model motosikal syarikat ini iaitu EX5 Fi, Wave 125i, Wave Dash (Fi), Wave Alpha dan BeAT disahkan sebagai motosikal EEV yang mana secara keseluruha­nnya kita sudah mengeluark­an 75 peratus motosikal mencapai standard EEV,” katanya.

 ??  ?? PENGERUSI Boon Siew Honda, Datuk Seri Loh Cheng Yean (tiga dari kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ong selepas Merasmikan Sambutan Ulangtahun ke-60 Boon Siew Honda Sdn Bhd, semalam.
PENGERUSI Boon Siew Honda, Datuk Seri Loh Cheng Yean (tiga dari kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ong selepas Merasmikan Sambutan Ulangtahun ke-60 Boon Siew Honda Sdn Bhd, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia