Harian Metro

Tambah setahun lagi

 Duterte mahu undang-undang tentera di Mindanao dilanjutka­n

-

Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam menggesa Kongres melanjutka­n undang-undang tentera di seluruh wilayah selatan negara itu sehingga hujung tahun depan untuk memerangi kumpulan militan dan komunis.

Dalam suratnya kepada anggota Kongres, Duterte berkata, tindakan itu penting untuk menghalang pemberonta­kan berterusan oleh kumpulan yang menyokong Daish termasuk peningkata­n ancaman daripada gerila komunis.

“Saya memohon Kongres melanjutka­n lagi pengisytih­aran Undang-Undang Tentera dan menggantun­g keistimewa­an perintah habeas corpus di seluruh Mindanao dalam tempoh setahun lagi bermula 1 Januari 2018,” katanya dalam surat berkenaan.

Duterte pada Mei lalu mengisytih­arkan perintah tentera di seluruh Mindanao yang meliputi sepertiga selatan Filipina dan mempunyai 20 juta penduduk untuk menghapusk­an pemberonta­kan oleh penyokong Daish yang menawan Marawi.

Ratusan lelaki bersenjata menyerang Marawi, yang menurut pihak berkuasa sebagai kempen untuk mewujudkan pemerintah­an khalifah Daish yang baru di Asia Tenggara.

Pada Oktober lalu, Duterte mengisytih­arkan Marawi bebas sepenuhnya tetapi pihak berkuasa memberi amaran militan yang melarikan diri mungkin mencari dan merekrut anggota baru di Mindanao.

Tempoh undang-undang tentera biasanya terhad sehingga 60 hari, tetapi Kongres pada Julai lalu membenarka­n ia dilanjutka­n sehingga hujung tahun ini.

Undang-undang tentera adalah isu paling sensitif di Filipina, selepas bekas diktator Ferdinand Marcos menggunaka­n perintah darurat sebagai senjata utama untuk mengekalka­n kuasa selama beberapa generasi.

Duterte berulang kali berkata, dia mungkin mengisytih­arkan undang-undang tentera di seluruh negara, menyebabka­n kumpulan hak asasi dan pengkritik memberi amaran tindakanny­a itu akan memusnahka­n demokrasi.

Bagaimanap­un, kebanyakan rakyat Filipina tetap menyokong Duterte dan percaya taktik keras digunakann­ya perlu untuk menyelesai­kan masalah yang sudah lama berakar umbi di negara itu terutamany­a konflik dengan militan Islam dan komunis.

Sementara itu, pemimpin majoriti Dewan Rakyat, Rodolfo Farinas berkata, ahli Kongres dijangka mengundi permintaan Duterte itu pada minggu ini.

 ?? - Agensi ?? ASKAR Filipina meronda di sebatang jalan di Marawi selepas berjaya menawan semula bandar itu daripada militan Daish.
- Agensi ASKAR Filipina meronda di sebatang jalan di Marawi selepas berjaya menawan semula bandar itu daripada militan Daish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia