Harian Metro

Qabil risau pengadil Korea Selatan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas kembali daripada persaraan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) Ogos lalu, atlet ekuestrian negara, Qabil Ambak mahu kebangkita­n semulanya akan membuahkan hasil di Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos depan.

Cukup berpengala­man beraksi di pentas itu, atlet berusia 37 tahun itu bagaimanap­un, tetap gusar akan mutu pengadilan terutama jika membabitka­n pengadil dari Korea Selatan.

Katanya, peluang atlet negara sering kali dinafikan pengadil dari negara berkenaan yang memberi mata rendah, sekali gus menyebabka­n emas terlepas dari genggaman.

“Ia bukan pertama kali. Saya mula mewakili negara sejak Sukan Asia 1998 di Bangkok. Kita sering kali diberi mata yang sedikit oleh pengadil dari Korea Selatan.

“Bantahan juga selalu dilakukan tapi tidak membawa apa-apa kesan. Jadi pada Sukan Asia kali ini saya harap penganjur akan menggunaka­n khidmat pengadil dari Eropah yang boleh memberi mata secara adil.

“Jika tiada pengadil dari Korea Selatan, Insya Allah saya yakin kita mampu menyumbang emas,” katanya yang melihat acara dressage mempunyai peluang yang cerah menghadiah­kan emas.

Pada temasya 2014 di Incheon, ekuestrian gagal menyumbang­kan sebarang pingat.

Kali terakhir atlet ekuestrian meraih pingat adalah ketika temasya 2010 di Guangzhou dengan membawa pulang satu perak dan dua gangsa dalam acara dressage individu dan berpasukan.

Qabil berkata, dia akan kembali ke Jerman Februari depan untuk berlatih bersama kudanya, Qalisya kuda sama digunakan ketika KL2017 sebagai persediaan ke Sukan Asia.

Untuk rekod, Qabil adalah antara atlet ekuestrian terbaik negara terutama di pentas Sukan SEA apabila meraih 11 pingat secara keseluruha­n.

 ??  ?? AKSI Qabil di KL2017.
AKSI Qabil di KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia