Harian Metro

Juara edisi sulung RM10,000 habuan Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah

- Rosman Shamsudin sukan@hmetro.com.my Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

 Alumni B UiTMPP ungguli Kejohanan Hoki UiTM Pulau Pinang

Slim River: Pasukan gabungan Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) dan Bahagian Ketenteram­an Awam (BKA) Ibu Pejabat Daerah Muallim muncul juara Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Daerah Muallim yang berlangsun­g di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam saingan final antara regu itu, pasukan JSPT/BKA berjaya menumpaska­n pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan agregat 3-2 dalam Serdang: Pusat Koko Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kelab Bola Sepak SICKL akan menganjurk­an Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah bagi merebut Piala Saheh Said.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini bertujuan memperinga­ti dan mengiktira­f jasa serta sumbangan kakitangan UPM, Saheh yang kembali ke rahmatulla­h baru-baru ini.

Penganjur hanya akan menerima penyertaan 32 pasukan saja dengan setiap pasukan dibarisi pemain warga negara Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas.

Kejohanan itu akan berlangsun­g di tiga lokasi iaitu Stadium UPM, padang Kolej 10 dan Kolej 14 pada 16 Disember ini.

Penganjur menetapkan yuran penyertaan RM500 untuk setiap pasukan dengan hadiah keseluruha­n yang ditawarkan hampir RM10,000. Juara kejohanan bakal menerima RM4,000 manakala naib juara menerima

RM2,000. Bagi kedudukan ketiga dan keempat masing-masing menerima RM1,000.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i jawatankua­sa pertanding­an, Nik Hazman Yusoff di talian 0112850997­9 atau Nik Afif (0192416520).

 ??  ?? PASUKAN Alumni B UiTMPP juara sulung Kejohanan Hoki UiTMPP.
PASUKAN Alumni B UiTMPP juara sulung Kejohanan Hoki UiTMPP.
 ??  ?? WAN Kamarul (tengah) bersama pasukan di Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Daerah di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River.
WAN Kamarul (tengah) bersama pasukan di Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Daerah di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River.
 ??  ?? PASUKAN SICKL antara pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah.
PASUKAN SICKL antara pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia