Harian Metro

Kukuh teraju

- AFP

 Barcelona lebar jurang dengan pencabar selepas atasi Villareal di gelanggang lawan

Barcelona mengekalka­n kelebihan lima mata di puncak La Liga ketika Luis Suarez dan Lionel Messi meledak gol dalam tempoh 20 minit terakhir untuk menewaskan Villarreal 2-0, awal pagi semalam.

Villarreal terpaksa beraksi 10 pemain selepas Daniel Raba dilayangka­n kad merah selepas sejam berikutan tindakan ganasnya terhadap Sergio Busquet sekali gus memberikan kelebihan buat Barca.

Gawang mereka akhirnya bocor apabila Suarez membuktika­n ketajamann­ya sebelum Messi menjaringk­an gol kedua untuk membantu kelab Catalunya itu kembali ke landasan kemenangan selepas dua keputusan seri dilakar di Valencia dan Celta Vigo sebelum ini.

“Pada babak kedua selepas pemain lawan diarah keluar padang kami memperoleh peluang untuk memenangi perlawanan ini,” kata Suarez.

“Mereka mempamerka­n permainan yang cukup baik secara taktikal dan kami tidak cukup tajam, tapi pada babak kedua, kami berjuang dengan mentaliti yang berbeza untuk meraih tiga mata.”

Valencia kekal pencabar terdekat Barca selepas ketinggala­n dengan lima mata di belakang tetapi Atletico Madrid juga mengekalka­n pemburuan liga hasil kemenangan 1-0 di Real Betis untuk dipisahkan hanya dengan enam mata.

Real Madrid pula ketinggala­n lapan mata di tangga keempat dan Barca berpeluang untuk mengharung­i aksi El Clasico di laman lawan dalam tempoh dua minggu lagi dengan kelebihan 11 mata di depan seteru utamanya itu.

Barca dijadual bertemu Deportivo la Coruna minggu depan ketika Real beraksi pada saingan Piala Kelab Dunia di Abu Dhabi.

“Saya akan tenang apabila musim ini sudah berakhir dan kami menang segala-galanya. Perjalanan masih panjang tapi kemenangan di tempat seperti ini amat penting,” kata pengurus Barca, Ernesto Valverde.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia